Cara Format Pendrive / Thumbdrive / USB Drive / Flashdrive


Siapa yang tiada pendrive atau thumbdrive sila angkat tangan?

Pastinya hampir semua orang ada pendrive sendiri. Dan kini harga pendrive adalah jauh lebih murah daripada semasa pendrive baru diperkenalkan dahulu. Pendrive biasanya digunakan untuk menyimpan data dan dokumen. Tetapi sesekala, pendrive kita akan mengalami masalah seperti dijangkiti virus. Untuk virus yang ringan, kita boleh sembuhkan sahaja pendrive kita. Tetapi kadangkala virus akan menyebabkan semua data kita rosak dan tidak dapat diselamatkan. Satu-satuya cara untuk selamatkan pendrive kita adalah dengan format pendrive kita.

Ringkas dan mudah cara untuk format Pendrive / Thumbdrive / USB Drive / Flashdrive. 

Pertama sekali cucukkan pendrive anda pada laptop atau komputer anda.

Amaran : Jika pendrive anda ada Autostart, tekan tutup pada popup yang muncul.


Buka My Computer dan anda akan lihat pendrive anda 


Tekan butang kanan tetikus anda pada pendrive anda dan kemudian pilih Format..


Setelah itu pilih Quick Format dan tekan Start. Tunggu sehingga selesai. 


Selesai. Kini pendrive anda bersih dari sebarang virus. 

Tak jadi cara di atas? Tuliskan masalah anda di ruangan  komen.

Terima kasih kerana membaca Cara Format Pendrive / Thumbdrive / USB Drive / Flashdrive dan selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top