WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Memiliki Smartphone 4G semurah RM158 sahaja!


Cara Memiliki Smartphone 4G Murah. Zaman semakin hari semakin canggih. Jika dulu sambungan bermula hanya dengan GPRS, kemudian dinaik taraf ke EDGE kemudian dinaik taraf lagi kepada HSDPA (3G) dan HSDPA+ (3.5G). Kini banyak telefon bimbit dan pembekal telekomunikasi sudah mula mengorak langkah kepada pembangunan LTE 4G dan telefon pintar yang menyokong 4G LTE. 

Cumanya saya rasa terkilan sebab masih banyak kawasan luar bandar yang tidak mempunyai sambungan 3G tetapi pihak telekomunikasi lebih tertumpu untuk menaik taraf kepada 4G. Pada pendapat saya adalah lebih baik mereka menumpukan perhatian memastikan sambungan 3G dapat diperolehi di seluruh negara sebelum beralih kepada 4G. Mungkin kerana kuasa membeli penduduk di luar bandar kurang berbanding penduduk bandar, sebab itu kawasan luar bandar sedikit terpinggir dari sambungan internet yang baik.

Tetapi begitulah dunia perniagaan. Sekadar pendapat saya.

Ok, bagi mereka yang ingin memiliki telefon pintar 4G dengan harga perpatutan, sekarang Celcom ada membuat promosi sempena Celcom 4G Phone Fair

Celcom 4G Phone Fair
Telefon pintar 4G boleh diperolehi semurah RM158 (Sony Experia E 4G) sehingga RM 1488 (Samsung Galaxy S6 edge+). Sejumlah 14 jenis telefon pintar ada ditawarkan dalam Celcom 4G Phone Fair ini. Anda boleh jenguk-jenguk kat sana mana tahu ada yang berkenan.

Anda tidak perlu risau jika tempat anda belum mempunyai talian 4G kerana semua telefon pintar 4G boleh menyokong sambugan sebelum ini (GPRS, EDGE dan 3G).

Kesimpulan,

Untung la ada 4G, kat tempat saya 3G pun tak dapat.. Guna Streamyx selamanya.

Terima kasih kerana membaca Cara Memiliki Smartphone 4G bermula semurah RM158 sahaja! Tempat anda ada sambungan 4G? Berikan lokasi anda di ruangan komen.

2 ulasan: Leave Your Comments

  1. wah..

    memang mudah betul nak beli smartpon sekarang.

    murah-murah harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semakin hari semakin canggih telefon yang ada di pasaran. Harga pun semakin murah..

      Padam

click tracking