WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menonton Perlawanan AFC Cup Final JDT vs Istiklol 2015 Secara Online


Sebelum saya berkongsi cara untuk menonton perlawanan AFC Cup Final JDT vs Istiklol 2105 secara online, saya  rasa perlu saya terangkan sedikit sebanyak berkaitan perjalanan JDT ke perlawanan Akhir AFC Cup 2015. Johor Darul Takzim (JDT) telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama dari Malaysia dan dari kalangan negara ASEAN yang berjaya memasuki perlawanan Akhir AFC Cup 2015. Perlawanan akhir akan menemukan pasukan JDT dengan pasukan dari Tajikistan iaitu FC Istiklol yang dijadualkan akan berlangsung pada 31.10.2015 di Tajikistan. 
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua kelab iaitu FC Istiklol dan JDT memasuki perlawanan akhir dengan tiket 'menang percuma' kerana lawan masing-masing daripada kelab negara Kuwait tidak dapat mengambil bahagian kerana Persatuan Bola Sepak Kuwait telah di gantung oleh FIFA.
Ok..

Mengikut jadual siaran televisyen, perlawanan Akhir AFC Cup 2015 antara JDT dan FC Istiklol akan disiarkan secara langsung di TV9 jam 8.00 malam waktu Malaysia. Tetapi bagi anda yang mungkin tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan tersebut di rumah, di kaca televisyen atau di kedai mamak, anda masih berpeluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara online iaitu melalui:

Tonton Streaming OnlineUM Universal Media Streaming Online 

Untuk menyaksikan perlawanan di Tonton, kita perlu log masuk dengan akaun kita. Bagi yang tidak mempunyai akaun Tonton, jangan risau, anda boleh log masuk menggunakan akaun Facebook anda. 

Saya berharap Johor Darul Takzim dapat memberikan gaya perlawanan yang menarik dan mungkin boleh memenangi AFC Cup 2015! Tiada yang mustahil. Walaubagaimanapun, pencapaian JDT sampai ke perlawanan Akhir AFC Cup 2015 yang telah dicapai sememangnya sudah cukup untuk penyokong JDT dan kejayaan JDT memenangi AFC Cup 2015 merupakan satu bonus. 

Pastikan kita menonton perlawanan tersebut pada 31.10.2015 jam 8.00 malam (waktu Malaysia) sebagai tanda sokongan kepada pasukan JDT khususnya dan negara kita umumnya. 

Terima kasih kerana membaca Cara Menonton Perlawanan AFC Cup Final JDT vs Istiklol 2015 Secara Online. Keputusan terkini akan diberikan dari masa ke semasa. Sebarang komen boleh diberikan di ruangan komen.

1 ulasan: Leave Your Comments

  1. Pergh JDT menang siot... sejarah JDT tercipta... Ale ale ale ale......

    BalasPadam

click tracking