Cara Membaca Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah


Setiap tahun kita semua membaca doa akhir dan awal tahun hijrah. Tetapi apakah tujuan dan matlamat kita berdoa akhir dan awal tahun?

Tujuan Doa akhir tahun:

Pengharapan utama adalah untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesilapan, kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun. Serta meminta keredhaan dalam kehidupan kita dalam sepanjang tahun.

Tujuan Doa awal tahun:

Mengharap bantuan Allah dalam menjalani kehidupan dalam tahun yang mendatang. Bantuan untuk mengawal hawa nafsu dan bantuan untuk menghadapi godaan syaitan. Mengharap kehidupan yang sentiasa berada dalam rahmat Allah dan menjadikan diri kita sebaik-baik kejadian.

Doa akhir tahun:

Doa akhir tahun dibacakan diakhir waktu asar ( iaitu beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib). Boleh dilakukan di mana sahaja kita berada. Jika yang belum sempat sampai ke rumah, boleh membaca di dalam kereta. Sebaik-baiknya dalam keadaan suci. Tiada masalah jika tiada wudhuk atau tidak sempat mengambil wudhuk.

Bacaan doa akhir tahun adalah:

doa awal dan akhir tahun hijrah
Doa Akhir Tahun Hijrah


Doa awal tahun:

Doa awal tahun dibacakan sejurus selepas selesai solat fardhu maghrib. Juga boleh dilakukan di rumah, di surau atau di mana sahaja selepas selesai solat maghrib.

Bacaan doa awal tahun:

doa awal dan akhir tahun hijrah
Doa Awal Tahun Hijrah


Sama-sama kita lakukan amalan yang kecil ini tetapi besar impaknya kepada kita. Semoga kita sentiasa diberkati dan diberikan rahmat oleh Allah. InsyaAllah.

Terima kasih kerana membaca Cara Membaca Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah. Selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top