Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive

Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive


Jangkitan virus ke dalam pendrive bukanlah satu isu baru. Virus Shortcut adalah virus yang paling popular menjangkiti pendrive. Jangkitan mudah berlaku kerana perkongsian pendrive yang digunakan dari satu komputer kepada komputer yang lain. Dan jika anda tidak menyedari bahawa pendrive anda dijangkiti virus dan anda buka di komputer pribadi anda, ianya boleh berjangkit ke dalam komputer anda dan itu lebih susah untuk dibersihkan.

Cara yang paling mudah untuk membersihkan virus dalam pendrive anda adalah dengan menggunakan perisian portable iaitu Virus Remover. Anda boleh download perisian tersebut di sini.

[Muat Turun: Virus Remover]

*perisian ini bukan dicipta oleh saya. Saya sekadar berkongsikan sesuatu yang bermanfaat. Segala pujian dan kredit adalah ke atas pembuat perisian ini

Perisian ini adalah portable. Maksudnya anda tidak perlu pasang pada komputer ada. Anda boleh simpan begitu sahaja di komputer anda atau letak dalam pendrive anda sekiranya ada rakan-rakan anda memerlukannya.

Cara gunakannya juga sangat mudah. 

Cucukkan pendrive anda yang disyaki ada virus. Jika ada popup auto start, tutup popup tersebut.

Buka Virus Remover yang anda muat turun tadi. Dan paparan seperti bawah akan kelihatan.

Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive

Tekan pada pilihan Pendrive dan tekan Scan

Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive

Pendrive anda akan di Scan dan hasil akan muncul.

Kemudian, dalam kotak VIRUS akan tersenarai virus atau fail yang dijangkiti oleh virus. Tekan Select All dan Delete. 

Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive


Jangan risau kerana fail asal anda tidak akan di padam, Perisian ini hanya buang virus yang menyerupai folder dokumen anda.

Mudah bukan?

Kini anda tidak perlu terlalu risau tentang Virus Shortcut. Kerana ianya mudah untuk dibersihkan. Tetapi seelok-eloknya pastikan anda menggunakan pendrive anda atau berkongsi pendrive anda dengan komputer yang tidak dijangkiti virus. 

Terima kasih kerana membaca Cara Bersihkan Virus Shortcut Dalam Pendrive Tanpa Format Pendrive. Berikan komen anda dan jika kawan anda mempunyai masalah yang sama, kongsikan dengan mereka artikel dan perisian ini.

Selamat mencuba! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top