WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Melakukan Sujud Sahwi


Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada sifat lupa. Malah dalam solat sekalipun kita sering lupa. Sebab itulah adanya sujud sahwi untuk menampung kesalahan dan apa-apa yang kita lupa semasa di dalam solat.

Sujud Sahwi secara umumnya merupakan sujud yang dilakukan apabila tertinggal beberapa perkara dalam solat. Dari segi bahasa, sahwi bermaksud 'lupa sesuatu'. Dari istilah syarak, sujud sahwi bermaksud sujud yang dilakukan sebanyak 2 kali setelah selesai tahiyat akhir sebelum salam kerana meninggalkan sesuatu atau melakukan perkara yang dilarang dalam solat.

Hukum melakukan sujud sahwi adalah Sunat dan jika tertinggal atau sengaja meninggalkan, solat tidaklah terjejas. Walaupun solat tidak terjejas, tetapi jika sengaja ditinggalkan apabila telah melakukan kesilapan atau terlupa dalam solat pastinya bukan perkara yang elok. 

Perkara-perkara yang seandainya terlupa mengerjakannya di dalam solat disunatkan sujud sahwi ada 7 iaitu:

  1. Tahiyat awal
  2. Selawat ke atas Nabi S.A.W pasa tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut solat subuh dan witir semasa bulan Ramadhan
  5. Selawat ke atas Nabi S.A.W dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Selawat ke atas keluarga Nabi S.A.W dalam tahiyat akhir

Bagi orang yang berasa was-was berkenaan rakaat solat yang telah dilakukan, sunat juga melakukan sujud sahwi.

Cara melakukan sujud sahwi adalah:

Duduk tahiyat akhir dan membaca tahiyat akhir sehingga habis, sebelum memberi salam, lakukan 2 kali sujud dan setiap kali sujud membaca zikir sebanyak 3 kali:



Jika belum ingat zikir di atas, kita boleh membaca zikir yang biasanya kita baca di dalam sujud.

Dan pada duduk antara 2 sujud sahwi dibacakan zikir sepertimana duduk diantara 2 sujud solat biasa.

Bacaan Tambahan : Buku Indahnya Hidup Bersyariat


Sama-samalah kita sentiasa memperbaiki solat kita. Janganlah kita mencuri dalam solat. Semoga cara melakukan sujud sahwi ini menjadi panduan dan rujukan kita semua.

Terima kerana membaca Cara Melakukan Sujud Sahwi. Kongsikan dengan kawan-kawan anda. Sampaikanlah walaupun hanya share post ini.

Selamat beramal!

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking