Cara Buat Bootable USB

cara buat bootable USB

Format laptop sebenarnya tidaklah sesukar mana jika diketahui caranya. Salah satu cara untuk format laptop atau komputer adalah dengan menggunakan pendrive. Tetapi sebelum itu kita perlu pastikan bahawa pendrive yang digunakan adalah 'Bootable'. 

Apa maksud bootable?

Bootable dengan bahasa mudahnya adalah pendrive anda akan dapat di kesan oleh komputer semasa komputer baru nak mula beroperasi berbanding pendrive yang tidak bootable yang hanya dapat di kesan apabila komputer telah masuk ke dalam sistem operasi window.

USB atau pendrive merupakan alternatif kepada CD kerana kebanyakan laptop yang nipis atau kecil tidak mempunyai pemain cakera padat dan ini boleh menjadi masalah sekiranya anda perlu format laptop anda. Akhirnya anda perlu hantar ke kedai untuk perbaiki.

Ok, untuk menyediakan bootable USB amat mudah dengan menggunakan perisian PowerISO (atau lain-lain mounting software). Untuk kali ini saya tunjukkan cara menggunakan PowerISO.

Sebelum itu anda perlu muat turun Power ISO. Anda tidak perlu beli software ini. Cukup menggunakan versi percuma.

[Download PowerISO]

Persediaan yang perlu ada:

  • Pendrive minimum 4GB (bergantung kepada Window yang anda nak pasang pada laptop)
  • Fail ISO window yang telah dimuat turun


Ok. Berikut adalah cara-caranya:

Cucukkan pendrive anda dan format pendrive anda terlebih dahulu.

Kemudian, buka PowerISO yang anda telah pasang pada komputer anda. Seterusnya pilih 'Tools' dan Create Bootable USB Drive.

*Jika komputer anda sudah tidak berfungsi, anda terpaksa gunakan komputer orang lain

Create Bootable USB Drive
Kemudian anda akan lihat paparan di bawah.


Pilih fail ISO window anda yang telah anda muat turun dan kemudian tekan Start. Jika ada popup bertanya sama ada nak 'overwritten'. tekan OK.

Tunggu sehingga selesai. 


Selepas selesai, siap sudah bootable USB kita. 

Ianya boleh digunakan untuk format mana-mana komputer atau laptop. 

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Bootable USB. Berikan komen anda dan sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh diajukan diruangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top