WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Trade In Telefon Pintar Untuk Beli Telefon Baru


Pilihan telefon pintar semakin hari semakin meluas. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan variasi telefon pintar yang boleh dibeli. Trade in biasanya harga lebih murah kerana akan tolak harga telefon pintar lama.

Sebelum anda trade in telefon anda, anda beberapa perkara dan persediaan yang perlu dilakukan:


Reset semula telefon

Anda haruslah reset semula telefon anda kepada Factory Setting kerana beberapa sebab. Pertama adalah untuk memastikan semua maklumat peribadi seperti gambar anda dan lain-lain data yang terdapat dalam telefon pintar tersebut tidak berpindah kepada orang lain. Kedua, apabila anda reset semula telefon pintar anda, telefon anda akan menjadi lebih lancar. 

Root - Unroot

Bagi yang suka root telefon pintar android, adalah digalakkan untuk unroot semula sebelum membuat trade-in kerana telefon yang di root biasanya kurang stabil.

Ok, berbalik kepada cara untuk trade in. Terdapat beberapa cara untuk trade in telefon pintar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

  • Trade in secara langsung boleh dilakukan di kedai-kedai telefon. Tetapi anda haruslah rajin membuat survey harga di setiap kedai untuk mendapatkan harga yang terbaik. Tetapi yang paling terbaik adalah melakukan pembelian telefon baru terus dari tempat anda jual kerana harga yang diambil untuk telefon lama anda biasanya lebih mahal.
  • Trade in secara tidak langsung boleh dilakukan dengan cara menjual telefon anda sendiri secara online atau menjualkannya dengan kawan anda. Kaedah ini biasanya lebih untung berbanding membuat trade in di kedai kerana anda akan dapat harga telefon second hand + untung berbanding jika jual di kedai anda hanya akan dapat harga telefon second hand, untung kedai yang dapat apabila telefon anda terjual semula.


Setelah anda berjaya menjual telefon lama anda, anda bolehlah beli telefon pintar atau tab pilihan anda.

Terima kasih kerana membaca Cara Trade In Telefon Pintar Untuk Beli Telefon Baru. Berikan komen dan pendapat anda.



0 comments:

Catat Ulasan

click tracking