Cara Menyertai Digi WWWOW Award 2015

Maklumat Lanjut di Digi WWWOW Award 2015
Digi telah mengorak setapak langkah kehadapan dengan memperkenalkan anugerah kepada para usahawan internet dan bloggers melalui Digi WWWOW Awards. Ini merupakan satu-satunya anugerah berbentuk 'Internet For All' yang diberikan kepada pasa usahawan internet dan bloggers khususnya dan dalam industri internet umumnya.

Di dalam Digi WWWOW Awards, terdapat 8 kategori yang dipertandingkan iaitu:


  1. Video & Photograpy
  2. Social Influencers
  3. Independent Publishers
  4. Web E-Commerce
  5. Mobile E-Commerce
  6. Social Media E-Commerce
  7. Social Impact
  8. Social Movement




Baca maklumat lanjut berkaitan setiap kategori di  Digi WWWOW Award 2015.


Cara untuk menyertai Digi WWWOW Award 2015

Langkah 1:

Anda boleh menyertai sendiri dengan menghantar pencalonan website atau blog anda atau jika anda tiada website tetapi tahu satu blog / website yang mempunyai potensi, anda boleh calonkan ke dalam anugerah ini. Tarikh penyertaan adalah dari 14 September - 12 Oktober 2015.


Langkah 2:

Selepas permohonan anda diterima, website / blog anda akan dipaparkan secara umum pada 13 Oktober - 12 November 2015. Undian perlu dilakukan pada 19 Oktober - 30 Oktober 2015.

Langkah 3:

Keputusan akan diberitahu pada 20 November 2015.

Jika dapat jadi calon dalam Digi WWWOW Award 2015 pun dah cukup untung. Kalau menang tu memang terbaikk!

Hantarkan permohonan / pencalonan anda di Digi WWWOW Award 2015.

Terima kasih kerana membaca Cara Menyertai Digi WWWOW Award 2015. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Digi WWWOW Award 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top