Cara Pembahagian / Pengagihan Daging Korban


Tahniah kepada yang sentiasa berjaya untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Jom kita semak semula cara pembahagian dan pengagihan daging korban bagi sembelihan yang telah kita lakukan.

Cara Pengagihan Daging Korban

  • Daging korban wajib sebahagian disedekahkan kepada fakir miskin dan sunat disedekahkan dalam keadaan mentah (belum dimasak)
  • Daging korban jika hendak disedekahkan keseluruhannya kepada fakir miskin hukumnya adalah harus. Tetapi sunat bagi orang yang melakukan korban menikmati sedikit daripada daging korbannya.
  • Sunat daging korban diberikan kepada 3 bahagian iaitu 1/3 bahagian untuk ahli keluarga atau orang yang ada bahagian dalam korban tersebut, 1/3 bahagian disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada jiran tetangga walaupun mereka orang kaya.
  • Dilarang menjual apa-apa bahagian dari binatang korban. Ini termasuk larangan memberi upah kepada tukang sembelihan dalam bentuk daging korban. Jika diberikan dengan niat sedekah atau hadiah adalah diharuskan.Jadi jika hendak memberi upah kepada penyembelih, berikan dalam bentuk lain samada tunai atau lain-lain.
  • Sebahagian ulama mengharuskan memberi daging korban kepada kafir zimmi manakala sebahagian lagi melarangnya. Tetapi pemberian kepada orang islam adalah lebih utama.
  • Korban nazar dan korban wasiat orang yang telah mati, wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.

Begitulah cara pembahagian dan pengagihan daging korban yang di anjurkan oleh Islam. 

Terima kasih kerana membaca Cara Pembahagian / Pengagihan Daging Korban. Berikan komen dan pendapat anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top