WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha


Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dilakukan sepertimana solat sunat Hari Raya Aidilfitri iaitu dengan 2 rakaat, 1 salam. Solat sunat Hari Raya Aidiladha sunat dipercepatkan kerana adanya ibadah korban selepas selesai solat sunat.

Hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dan boleh membawa kepada makruh jika sengaja ditinggalkan. 

Tatacara mengerjakan solat sunat hari raya adalah seperti berikut:

1. Lafaz niat 
Sahaja aku solah sunat AidilAdha 2 rakaat makmum kerana Allah Taala

2. Takbiratul ihram beserta niat
3. Doa iftitah (sunat)
4. Takbir 7 kali diselangi dengan tasbih

Hukum takbir 7 kali adalah sunat haiah iaitu jika ditinggalkan dengan sengaja atau tertinggal tidak membatalkan solat tersebut
5. Al Fatihah dan surah lazim
6. Rukuk, Iktidal dan sujud seperti biasa
7. Rakaat kedua takbir 5 kali dan diselangi dengan tasbih
8. Alfatihah dan surah lazim
9. Rukuk, iktidal, sujud seperti biasa
10. Tahyat akhir dan salam.

Sangat ringkas cara melaksanakan solat sunat hari raya Aidiladha. Mari sama-sama melakukannya.

Terima kasih kerana membaca Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha. Berikan ucapan, komen dan pendapat anda diruangan komen.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking