WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Jimat Minyak Petrol Yang Ekstrem!


Isu minyak dan harga minyak sememangnya isu yang yang 'evergreen' iaitu tak lapuk dek zaman. Ramai yang memberikan pelbagai idea cara untuk menjimatkan petrol dan ada diantaranya agak ekstreme pada pandangan saya. Walaubagaimanapun, tidak salah untuk kita cuba kerana secara umumnya, jika diamalkan pun kita tidak akan rugi apa-apa. 

Ok, antara cara jimat minyak yang agak ekstreme adalah:

1. Naik basikal ke tempat kerja


Emm..cara ini memang langsung tidak perlu isi minyak petrol! Secara logiknya jika tempat kerja anda kurang daripada 5 km daripada tempat kediaman anda memang boleh pergi kerja dengan menaiki basikal. Tapi jika 40 km? Boleh patah pinggang bila sampai ke pejabat. 

2. Isi minyak petrol dengan cara yang betul


Eh, selama ini kita isi minyak kereta dengan cara yang salah ke? Emm.. bagi mereka yang ekstreme, cara mengisi minyak juga memainkan peranan untuk menjimatkan minyak. 

Ada yang berpendapat isi minyak di waktu pagi hari lebih baik daripada di waktu tengah hari kerana pada waktu pagi minyak petrol kurang meruap berbanding waktu tengah hari. Secara logiknya memang betul. Tapi bagaimana nak sukat tahap penjimatan? Emm.. Banyak lagi cara isi minyak yang pelik. Anda boleh baca 7 cara-cara isi minyak lain di sini.

3. Kurangkan rintangan angin


Menurut mereka yang mengamalkan cara ini, badan kereta yang lebih aerodynamic akan menggunakan minyak yang kurang berbanding kereta yang tidak aerodynamic. Em..masa membeli kereta tidak pula saya ukur ke'aerodynamic'kan kereta yang saya beli. Percaya je dengan iklan yang diberikan oleh pengeluar kereta tersebut.

4. Bawa kereta 80km/jam

Em..saya sendiri pernah amalkan dan memang jimat pun. Tapi orang belakang akan pandang semacam je. Lagi-lagi jika bawak di lebuh raya lane sebelah kanan.

Itulah antara cara jimat minyak petrol yang agak ekstrem. Takde la seekstrem mana tapi kadang kala tidak berapa sesuai untuk diamalkan.

Jika anda ada cara jimat minyak yang tidak logik, boleh kongsikan di ruangan komen. 

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking