Cara Masak Menggunakan Microwave - Asas Penggunaan

Cara Masak Menggunakan Microwave

Microwave merupakan antara perkakasan dapur yang kerap ada di dalam rumah tetapi jarang digunakan. Ini adalah kerana ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan Microwave.

Microwave adalah berbeza dengan oven. Microwave menggunakan gelombang untuk memasak makanan. Manakala Oven menggunakan haba terus untuk memasak. 

Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui sebelum menggunakan microwave kerana bukan semua makanan boleh dimasak atau dipanaskan menggunakan microwave. Perkara-perkara asas yang perlu diingat semasa menggunakan microwave adalah:

  • Baca manual penggunaan jenama microwave anda. Ini adalah kerana setiap microwave mempunyai tetapan yang agak berbeza. Memahami dan membiasakan dengan tetapan microwave anda akan banyak membantu anda.

  • Kebanyakan jenama microwave tidak menyarankan untuk menggunakan alat memasak logam tradisional dalam ketuhar gelombang mikro anda. Ini adalah kerana ketuhar gelombang mikro tidak boleh melalui logam, jadi anda tidak boleh memasak dengan alat memasak logam tradisional. Selain itu, penggunaan bahan logam juga boleh menyebabkan tercetus percikan api di dalam microwave. Ini termasuk penggunaan aluminium foil juga tidak digalakkan. 

  • Terdapat manual yang menyatakan tidak digalakkan untuk memasak makanan yang memerlukan banyak air, seperti pasta, dalam microwave. Ini adalah kerana ianya tidak masak dengan baik dalam microwave dan mungkin akan masak dalam masa yang kurang berbanding di dapur memasak anda. Tetapi kami telah mencuba dan berjaya memasak nasi, maggi dan pasta menggunakan microwave.

  • Susun makanan supaya mereka masak sama rata. Susun makanan yang sama saiz dan bentuk, seperti kentang, dalam bulatan atau persegi dengan ruang antara kentang tersebut. Ini adalah penting untu memastikan peredaran haba yang sekata dan juga makanan dapat dimasak dengan sekata.

  • Tutup hidangan. Penutup menghalang dari percikan, dan ia juga menjimatkan masa memasak. Tetapi bagi sedikit ruang udara untuk udara panas keluar dari bekas tersebut. Ini adalah penting untuk mengelakkan makanan anda meletup secara tiba-tiba sekiranya udara dalam bekas tidak dapat keluar.
  • Sebelum memasak, gunakan garpu untuk menebuk makanan yang mempunyai kulit, seperti kentang, hot dog, dan sosej. Ini adalah penting membolehkan wap keluar dan mengelakkan makanan kita meletup.
  • Jangan sesekali menggunakan microwave dengan pintu microwave yang terbuka atau rosak. 
  • Jangan sesekali menghidupkan microwave yang kosong kerana ini juga boleh menyebabkan terjadinya percikan api di dalam microwave tersebut.
  • Pastikan bekas plastik yang digunakan ada simbol keserasian dengan microwave.
Lihat pada bahagian bawah bekas plastik untuk lihat simbol penggunaan pada microwave

Itulah sebahagian asas penggunaan microwave yang perlu diketahui oleh setiap orang. Ini kerana penggunaan yang salah dan tidak sesuai boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri. Walaupun nampak seperti banyak pantang larangnya, tetapi microwave ini banyak kebaikannya yang akan saya terangkan lain kali.

Lazada Malaysia

Terima kasih kerana membaca Cara Masak Menggunakan Microwave - Asas Penggunaan. Berikan pendapat serta komen anda di ruangan komen. Serta kongsikan dengan rakan-rakan anda agar kita semua sentiasa berhati-hati semasa menggunakan microwave.
Back To Top