Cara Asas Menghilangkan Latar Belakang Gambar

Bagi yang sememangnya pakar dalam menggunakan Photoshop, pastinya tidak menjadi masalah untuk mereka menghilangkan latarbelakang gambar. Tetapi bagi mereka yang berada pada tahap asas, pastinya agak sukar untuk menggunakan Photoshop untuk menghilangkan latarbelakang gambar kerana perisian tersebut yang agak kompleks. 

Bagi mereka yang di tahap asas penyuntingan gambar, saya cadangkan guna perisian Paint.net untuk menghilangkan latarbelakang gambar kerana perisian ini lebih ringkas dan mudah digunakan. Selain itu antara muka perisian ini juga ringkas dan mudah difahami.




Cara untuk menghilangkan latarbelakang gambar menggunakan perisian Paint.net adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Muat turun perisian Paint.net secara percuma.

Google Paint.net - Tekan pada www.getpaint.net



Laman Utama Getpaint.net

Skrol ke bawah laman tersebut.


Tekan pada Download Now

Tekan Download pada bahagian atas kanan laman tersebut.
Tekan pada Free Download Now dan tunggu sehingga selesai dimuat turun


Langkah 2 : Install perisian tersebut pada komputer yang anda gunakan.


Langkah 3 : Buka gambar yang kita ingin hilangkan latarbelakang.


Tekan butang kanan tetikus dan pilih 'Open with'. Pilih buka menggunakan perisian Paint.net



Langkah 4 : Pilih 'Magic Wand' pada senarai Tools. Dan klikkan Magic Wand pada background yang kita nak hilangkan.





Perkara yang kita perlu perhatikan adalah bar peratus pada tab 'Tolerance' yang terdapat di bahagian atas. Pada penggunaan biasa akan ditetapkan pada 50 peratus. Semakin besar peratus semakin terperinci sempadan yang dipilih antara objek dan latarbelakang.

Sebagai contoh saya letakkan pada 75 peratus, hasilnya :


Tolarance : 75 peratus
Sekiranya anda telah berpuas hati dengan pemilihan latarbelakang yang hendak dihilangkan, anda hanya perlu tekan Delete pada keyboard anda.

Hasilnya,


Latarbelakang telah hilang. Buat perkara yang sama pada huruf P, A dan E

Langkah 5 : 'Save As' dengan format PNG


Sekiranya anda menyimpannya dengan format JPEG, latarbelakangnya akan berwarna putih dan bukannya tranparent. Untuk mengekalkan transparentnya, simpan gambar tersebut dalam format PNG.

Cara ini amat sesuai untuk gambar yang mempunyai sempadan yang jelas antara objek dan latarbelakang. Bagi gambar seperti pemandangan persekitaran dan sebagainya, agak sukar untuk menggunakan cara dan perisian ini. 

Terima kasih kerana membaca Cara Asas Menghilangkan Latar Belakang Gambar. Berikan pendapat dan komen anda berkenaan artikel ini. Serta kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top