Cara Kompress Gambar Menggunakan Microsoft Office


Adakalanya gambar yang kita ada terlalu besar untuk di hantar melalui emel atau pun untuk diletakkan pada laman sesawang. Ada cara mudah dengan menggunakan Microsoft Office untuk memampatkan (compress) / mengecilkan saiz gambar tersebut. Tetapi diingatkan bahawa setiap gambar yang dikecilkan pastinya akan mengalami pengurangan kualiti dan resolusi. 

Tetapi jika di mampatkan dengan cara yang betul, kita dapat mengekalkan sebahagian kualiti dan hanya bermain dengan resolusi gambar tersebut. 

Berapa ramai yang mempunyai gambar yang beresolusi tinggi tetapi tidak pernah melihat gambar tersebut dalam resolusi penuh. Perbezaan resolusi antara gambar asal dan gambar yang di mampatkan hanya kelihatan sekiranya gambar tersebut di zoom penuh. 

Cara paling asas (pada saya yang terbaik) untuk memampatkan gambar adalah dengan menggunakan perisian yang telah sedia ada dalam komputer kita iaitu Microsoft Office.

Langkah 1 : Buka gambar yang kita nak mampatkan dengan menekan butang kanan tetikus dan pilih 'Open With' - Microsoft Office


Gambar asal yang beresolusi 4000 x 3000


Tekan butang kanan tetikus dan Open With - Microsoft Office

Langkah 2 : Tekan pada tab 'Picture' - Compress Picture. Anda juga boleh terus tekan 'Edit Picture..'

Pilih Picture - Compress Pictures...
atau,

Tekan terus pada butang Edit Pictures..

Jika anda perhatikan pada gambar pertama langkah 2, terdapat pilihan untuk Resize gambar. Saya tidak syorkan menggunakan pilihan ini kerana ia akan menghilangkan banyak kualiti gambar kita.

Langkah 3 : Pilih jenis mampatan yang anda inginkan.


Kita boleh pilih untuk mampatkan bagi kegunaan Documents, Web pages atau untuk di Emelkan.


Pilihan memampat untuk dokumen biasanya digunakan sekiranya gambar tersebut kita mahu letakkan dalam Microsoft Word atau Microsoft Powerpoint. Untuk pilihan Web Pages, biasanya adalah untuk diupload ke laman sesawang manakala pilihan emel adalah untuk gambar yang ingin dihantar melalui di emel. 

Kali ini saya akan tunjukkan cara untuk compress bagi kegunaan dokumen. Cara mampatan gambar untuk web pages dan emel adalah sama seperti dokumen.

Mengapa perlu memampatkan gambar untuk diletakkan dalam dokumen? Pertama, tujuannya adalah untuk mengelakkan dokumen kita terlalu besar saiznya. Kedua, untuk memastikan dokumen kita dapat dibuka dengan lebih pantas dan tidak 'hang'. Ketiga, untuk memudahkan proses cetakan kerana jika gambar yang digunakan bersaiz besar akan memakan masa untuk membuat cetakan.

Untuk kegunaan dokumen, hanya pilih 'Documents' dan kemudian tekan 'OK' di bahagian bawah kanan.


Sebelum kita tekan 'OK', kita hendaklah baca penerangan yang diberikan berkenaan proses mampatan tersebut. Sebagai contoh gambar burung ini, proses mampatan akan memampatkan gambar dari resolusi 4000 x 3000 kepada 1024 x 768 dengan pertukaran saiz daripada 1.63MB kepada 273KB. Setelah faham dengan proses tersebut, tekan OK.

Langkah 4 : Tekan menu dan 'Save As'



Ini adalah penting supaya kita tidak terbuang gambar asal sebelum diedit. Setelah dimampatkan, bolehlah digunakan sepertimana yang diperlukan.

Terima kasih kerana membaca Cara Kompress Gambar Menggunakan Microsoft Office. Berikan pendapat dan komen anda diruangan komen. Serta kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top