Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan Dengan Menjawab Survey di Toluna - Ulasan


Bagi yang belum pernah mencuba online survey, anda dijemput untuk sama-sama mendapatkan pendapatan sampingan dengan menjawab survey. Syarikat-syarikat besar sanggup berhabis duit untuk mengetahui apa yang pengguna mahukan dan cara untuk mereka ketahui adalah dengan membuat survey kepada pengguna. Melalui survey panel, syarikat-syarikat besar akan mengedarkan survey kepada pengguna. Salah satu survey panel adalah Toluna.

Ramai yang berprasangka negatif berkenaan online survey dan dianggap seperti scam dan laman penipuan. Anda boleh terus berfikiran begitu kerana tiada langsung paksaan untuk anda. Tetapi bagi saya, sertai online survey tidak akan merugikan apa-apa pun. Ini adalah kerana pendaftaran di panel survey adalah percuma. Ingatlah kata-kata ini:
Sekiranya online survey meminta anda membuat bayaran semasa pendaftaran, itu adalah satu penipuan. Mereka yang sepatutnya membayar kita kerana kita yang telah membantu mereka mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. 

Langkah 1 : Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di Toluna


Anda juga diberi pilihan untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook anda. Proses pendaftaran mungkin hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit.


Langkah 2 : Lengkapkan profile anda di Toluna



Ini adalah penting untuk memastikan kita menerima survey yang sesuai dengan kita. 


Langkah 3 : Tunggu terima emel dari Toluna



Setiap kali ada survey yang perlu anda jawab, Toluna akan menghantar emel kepada anda. 

Di Toluna, kita bukan sahaja dapat menjawab survey, malah setiap survey yang berjaya kita jawap akan diberikan mata ganjaran dan mata ganjaran tersebut boleh di tebus dengan pelbagai baucer dan tunai. Setiap survey yang berjaya dijawab akan diberikan ganjaran 100-6000 mata bergantung kepada panjang dan jenis survey. 

Penebusan pula boleh dilakukan apabila mata ganjaran kita  mencapai 8000 mata.



Selain itu, mata ganjaran juga boleh ditukarkan dengan cabutan bertuah.





Peringatan:



  • Anda mungkin menerima jemputan untuk menjawab survey, tetapi anda mungkin tidak layak atau tidak sesuai dengan demografi subjek yang diperlukan atau kuota yang diperlukan telah penuh.
  • Tebusan ganjaran mungkin mengambil masa yang lama. Dalam pengalaman saya sehingga 1 bulan sebelum bayaran Paypal atau baucer sampi ke rumah kita.
  • Anda hendaklah menjawab soalan yang diberikan dengan jujur.
  • Masa yang diperlukan untuk menjawab soalan adalah lebih kurang 15 minit ke 30 minit bergantung kepada soalan.
  • Kekerapan jemputan survey adalah tidak menentu. Pada permulaannya mungkin anda kurang mendapat jemputan. Tetapi lama kelamaan semakin kerap anda dijemput untuk menjawab survey. Dalam satu minggu lebih kurang 5-10 jemputan survey.
  • Anda tidak akan menjadi Billionaire dengan hanya menjawab survey.
Jika anda belum bersedia pun, tidak salah anda jenguk-jenguk laman Toluna. Anda tidak akan rugi malah mungkin dapat menjana pendapatan sampingan.

Sebahagian daripada ganjaran yang saya perolehi. Tak banyak tapi jika tak sertai Toluna langsung tak dapat apa-apa.

Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan Dengan Menjawab Survey di Toluna - Ulasan. Berikan pendapat, komen atau pengalaman anda sendiri di ruangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top