Cara Mudah Terminate Akaun Yes 4G - Jalur lebar adalah merupakan satu keperluan dalam zaman sekarang. Dan pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dalam memperkenalkan jalur lebar masing-masing. Salah satu syarikat adalah YTL Communications Sdn Bhd yang merupakan pengeluar jalur lebar jenama Yes 4G. Secara keseluruhannya para pengguna yang telah menggunakan Yes 4G memberikan review internet yang baik kecuali ada satu perkara yang selalu dibangkitkan iaitu dari segi penggunaan data dan kuota data internet yang diberikan. Ramai yang menyatakan pengiraan kuata penggunaan data Yes 4G adalah tidak tepat dan dianggap 'menipu' pelanggan.Â
Promosi :Â Dapatkan Plan Internet 10GB Serendah RM80/sebulan di Celcom hari ini
Promosi :Â Dapatkan Plan Internet 10GB Serendah RM80/sebulan di Celcom hari ini
Tetapi pengalaman saya sendiri, saya tidak ada masalah dengan kuota data. Tetapi tidak dinafikan bahawa kuota data internet saya cepat habis. Ini adalah kerana kelajuan internet yang diberikan Yes 4G adalah amat baik dan laju jika dalam keadaan 'full coverage'.Â
Dari segi 'coverage', Yes 4G bagi saya adalah baik. Kerana ada sebahagian tempat yang tidak mempunyai capaian 3G bagi telco biasa, tetapi ada capaian bagi Yes 4G! Contoh terbaik adalah rumah saya sendiri. Walaupun tidak dapat full coverage, tetapi 1 bar coverage Yes 4G menyamai kelajuan 3G telco biasa.
Tetapi bagi anda yang mempunyai masalah berkenaan Yes 4G dan ingin menamatkan langganan tidak kira apa pun sebabnya, kali ini saya akan tunjukkan caranya. Tetapi pastikan anda tidak mempunyai atau telah habis kontrak dengan Yes 4G sebelum menamatkan langganan. Jika tidak anda mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak Yes 4G.
Langkah 1 : Emelkan hasrat anda untuk terminate Yes 4G ke yescare@yes.my Â
Berikan no akaun dan Yes ID anda. Anda boleh perolehi no akaun anda di Portal Yes 4G dalam tab My Account. Berikan alasan ringkas mengapa anda ingin menamatkan langganan.Langkah 2 : Isi Borang yang diberikan
Isi Borang (POSTPAID/PREPAID ACCOUNT CLOSURE REQUEST FORM) yang diberikan dan tandatangan pada borang tersebut.  Scan borang tersebut dan scan juga kad pengenalan anda depan dan belakang. Kemudian emel semula salinan kad pengenalan dan borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani. Borang hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 7 hari daripada tarikh bil anda.
Langkah 3 : Tunggu emel pengesahanÂ
Setelah anda hantar salinan kad pengenalan dan borang penamatan, tunggu emel pengesahan daripada pihak Yes 4G dan tunggu sehingga tarikh bil anda. Pihak Yes 4G juga akan menghubungi anda untuk pengesahan permohonan penamatan anda. Akaun anda akan tamat secara automatik pada tarikh bil anda. Â
Begitulah cara mudah untuk anda yang mahu menamatkan langganan Yes 4G. Cara ini berkesan untuk saya. Dan saya telah pun terminate akaun Yes 4G saya sebab sekarang saya dah menetap di rumah sendiri dan menggunakan internet rumah sahaja.
Bagi yang inginkan alternatif data internet, sekarang ini Celcom ada membuat promosi plan internet dan telefon serendah RM80/sebulan untuk 10GB data internet dan telefon percuma ke semua rangkaian.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Terminate Akaun Yes 4G. Berikan komen anda tentang adakah cara ini bermanfaat untuk anda kerana ianya berjaya untuk saya.Â
Dan sekiranya pihak Yes 4G ada bertanyakan sesuatu pada emel yang anda hantarkan, bolehlah dikongsikan di ruangan komen untuk tujuan rujukan dan panduan semua pembaca.