WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Ajar Anak Pakai Tudung Sejak Umur 1 tahun


Ajar Anak Pakai Tudung

Cara Ajar Anak Pakai Tudung. Menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa orang islam untuk mengajar anak-anak perempuan mereka menutup aurat. Dan sebagai ibu bapa, mengajar anak-anak perempuan mereka untuk bertudung adalah merupakan perkara asas untuk mengajar mereka tentang aurat. Secara asasnya anak-anak kecil masih belum perlu tahu berkenaan mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup, tetapi langkah mengajar anak memakai tudung sejak kecil adalah untuk menjadikan pemakaian tudung sebagai satu kebiasaan dan apabila mereka sudah mumaiz nanti mereka akan lebih mudah faham akan keperluan dan sebab mengapa mereka perlu menutup sebahagian diri mereka. Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak anda bertudung sejak kecil, tetapi apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian cara yang dikongsikan oleh para ibu bapa dan pengalaman saya sendiri sebagai ibu bapa.

Cara 1 : Berikan contoh yang terbaik

Jika kita nak mengajar anak memakai tudung sejak kecil, berikan contoh yang baik kepada mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak akan mudah meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan. Ibu perlu memainkan peranan dengan memberikan contoh terbaik untuk anak perempuan mereka. Ibulah orang pertama yang akan diperhatikan bagaimana seorang wanita bertudung. Dan apabila anak perempuan anda melihat para ibu cantik bertudung pasti naluri anak perempuan itu mahu meniru ibunya yang cantik bertudung.

Cara 2 : Jangan terlalu memaksa

Sentiasa ingat bahawa anak anda masih kecil dan belum memahami kehendak syariat. Jadi, jika ketika anda mahu memperkenalkan tudung kepada tetapi mereka enggan, cuba lain kali, jangan terlalu memaksa. Apa yang lebih penting adalah ibu bapa perlu konsisten untuk memperkenalkan tudung kepada anak mereka. Dan jika anak anda mahu membuka tudung setelah beberapa ketika dipakai, jangan halang kehendak mereka. Biarkan buka tudung tersebut dan cuba lagi lain kali.
Kita pastinya akan lebih suka memakai pakaian yang cantik-cantik. Anak kita juga tidak terkeculai. Naluri seorang perempuan sememangnya sudah terserlah sejak kecil lagi. Belikan anak anda tudung yang comel, selesa, menarik serta sesuai dengan saiz kepala anak anda. Tudung yang comel akan membuatkan anak anda lebih seronok untuk sentiasa memakai tudung.



Cara 4 : Puji anak anda

Setiap kali anda memakaikan tudung pada anak anda, puji anak anda. Katakan mereka comel ketika memakai tudung. Anak-anak sebenarnya faham yang anda sedang memuji mereka.

Begitulah serba sedikit perkongsian cara mengajar anak mengenali tudung dan pengenalan kepada aurat. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jika anda nakkan tudung-tudung yang comel untuk anak anda, boleh survey dan tengok design-design yang menarik di Tudung Si Comel - Link. Harga yang ditawarkan pun amat-amat berpatutan. Jika anda pandai buat sendiri, laman Tudung Si Comel juga boleh memberikan anda idea untuk membuat tudung sendiri untuk anak anda.



Terima kasih kerana membaca Cara Ajar Anak Pakai Tudung Sejak Umur 1 Tahun. Semoga bermanfaat. Kongsikan juga cara anda mengajar anak anda memakai tudung di ruangan komen.
click tracking