Cara Membayar Bil TM Streamyx Online dengan CIMB JomPay

Bayaran bil kini lebih mudah dengan pembayaran secara atas talian. Kita tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter untuk membayar bil dan malah pembayaran boleh dilakukan secara automatik setiap bulan tanpa anda perlu risau anda terlupa untuk membayar bil. Apa yang penting adalah anda mesti pastikan akaun anda mempunyai baki yang cukup untuk membayar semua bil-bil anda. Kali ini saya kongsikan cara membayar Bil Tm Streamyx secara atas talian dengan menggunakan CIMBClick dan JomPay.

Langkah 1 : Login Akaun Anda di CIMBClick


Langkah 2 : Pilih Pay > Bills


Langkah 3 : Pilih JomPay

Pilih akaun yang anda mahu gunakan untuk pembayaran. Pilih bayaran melalui JomPay dan masukkan kod 2345 (kod bagi TM Net) dan tekan butang Enter pada keyboard anda.


Langkah 4 : Masukkan No. Akaun Streamyx anda.

Setelah itu satu paparan akan keluar dan masukkan No. Akaun Streamyx anda pada Ref-1. Kemudian masukkan nilai yang hendak anda bayar. Tekan Proceed to Payment.


Langkah 5 : Mohon nombor TAC melalui SMS

Anda akan diminta untuk memasukkan nombor TAC sebelum bayaran berjaya dibuat. Tekan mohon TAC via SMS dan tunggu beberapa saat. Satu mesej iaitu nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan no. tersebut dan tekan 'Confirm'. Status 'Successful' akan keluar sekiranya bayaran anda berjaya. 

Terima kasih kerana membaca Cara Membayar Bil TM Streamyx Online dengan CIMB JomPay. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan.

1 ulasan:

  1. berapa lama yaaa di mengambil masa update bill setelah kita membayar bill berkenaan...???

    BalasPadam

Back To Top