Cara Mudah Buat Banner Iklan Online Secara Percuma dalam Masa 5 Minit


Membuat banner iklan sendiri untuk blog adakalanya agak rumit dan hasilnya mungkin kurang memuaskan. Ada cara yang mudah untuk buat banner iklan secara online secara percuma di Bannersnack.com. Di Bannersnack telah disediakan template untuk kita buat banner iklan dan boleh diembed terus ke dalam blog kita. 

Di Bannersnack, kita ada pilihan untuk membuat banner secara percuma (tetapi ada pautan ke Bannersnack) atau kita boleh gunakan akaun premium dan perlu buat bayaran bulanan. Bagi yang baru bermula untuk menggunakan Bannersnack, mulakan dengan mencuba secara percuma.

Cara untuk menggunakan Bannersnack juga amat mudah. Kita boleh sediakan iklan kita dan embed ke dalam blog dalam masa lebih kurang 5 minit sahaja.

Langkah 1 : Masuk ke laman Bannersnack di www.bannersnack.com


Ini adalah muka utama laman Bannersnack (diambil pada Ogos 2015). Anda hanya perlu tekan Sign In dan anda akan dibawa ke muka untuk pendaftaran. Pendaftaran adalah percuma.

Langkah 2 : Daftar akaun secara pecuma di Bannersnack.

Anda diberi pilihan untuk membuat akaun dengan Bannersnack secara manual, melalui akaun Facebook, Google + atau Twitter. 

Langkah 3 : Tekan pada butang 'Make a banner'


Pada papan muka akaun anda terdapat 3 tab iaitu Banners, Rotators dan Ad Campaigns. Tab banners merujuk kepada iklan-iklan yang telah kita buat. Rotators pula adalah satu pilihan untuk anda menyiarkan beberapa banners dalam satu ruang iklan yang sama. Manakala Ad campaign adalah papan muka untuk anda sekiranya kita mahu iklankan produk atau laman kita melalui Bannersnack.

Langkah 4 : Pilih saiz banner yang anda perlukan dan pilih template yang sesuai dengan iklan yang anda mahukan. Anda juga boleh buat iklan daripada awal tanpa menggunakan template.


Semua saiz biasa banner iklan ada disediakan. Kita hanya perlu pilih dan edit serba sedikit. Untuk selanjutnya, lihat video di bawah.



Mudah bukan? Kita boleh sediakan banner untuk blog / laman sesawang kita dalam masa beberapa minit sahaja. 

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan akaun Premium, ini adalah bayaran yang perlu anda bayar setiap bulan.



Agak mahal bagi sesiapa yang baru diperingkat awal. Tetapi jika blog atau laman sesawang anda sudah berada di tahap yang baik dan sudah menjana pendapatan, kadar USD12 setiap bulan mungkin berbaloi untuk blog anda kelihatan lebih professional.

Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Buat Banner Iklan Online Secara Percuma dalam Masa 5 Minit. Sebarang persoalan atau komen boleh terus diajukan di ruangan komen. Serta kongsikan juga dengan rakan-rakan blogger anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top