Cara Membuat Bayaran Bil Automatik dengan CIMBClick


Nak tak nak bil - bil utiliti setiap bulan pasti perlu diselesaikan. Tahukah anda bahawa anda boleh lakukan pembayaran bil setiap bulan secara automatik. Dan anda tidak perlu risau lagi anda terlupa untuk membayar bil-bil anda. Ini dapat mengelakkan daripada berlaku tunggakan pada bil-bil anda. Bagi anda yang mempunyai akaun CIMB, anda boleh lakukan dengan menggunakan CIMBClicks.

Langkah 1 : Log in akaun CIMBClicks anda.


Langkah 2 : Tekan pada Bil Payment


Langkah 3 : Pilih 'Schedule a payment'

Anda kemudiannya dikehendaki untuk memilih akaun yang anda hendak buat potongan bulanan pada ruangan 'Select an account'.


Langkah 4 : Pilih 'Enter Biller Name' 

Taipkan bil anda sebagai contoh 'Tenaga Nasional Berhad'. Kemudian tekan 'Submit'




Langkah 5 : Isi Maklumat Bil anda. 

Isikan no.akaun bil anda, jumlah yang anda ingin bayar setiap bulan, tarikh potongan setiap bulan. Jika bil anda adalah bil bulanan, pilih pada frequency 'monthly'. Berikan nama untuk bil anda sebagai contoh 'Bil TNB Rumah'. Kami nasihatkan untuk pilih 'Add biller to My Favourite' untuk kemudahan anda pada masa hadapan. Kemudian tekan 'Update'



Langkah 6 : Mohon dan Masukkan kod TAC


Anda akan dikehendaki untuk membuat permohonan kod TAC. Kod TAC boleh dimohon melalui SMS. Tekan 'Request TAC via SMS'. Kod TAC akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan semasa pendaftaran CIMBClick. Masukkan kod TAC dan bil anda sudah siap didaftarkan untuk potongan setiap bulan.

Kini anda tidak perlu risau tentang bil anda tertunggak. Tetapi anda perlu pastikan bahawa baki dalam akaun anda adalah mencukupi bagi setiap potongan yang akan dilakukan setiap bulan.

Terima kasih kerana membaca Cara Membuat Bayaran Bil Secara Automatik dengan CIMBClick. Berikan komen anda tentang artikel ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top