WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menyemak Pembekal Perkhidmatan (Service Provider) Telco



Dengan wujudnya Mobile Network Portability sejak 1 Oktober 2008, setiap orang boleh beralih pembekal perkhidmatan (service provider) telco tetapi tetap menggunakan nombor yang sama. Bagi pengguna sendiri, ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya adalah anda dapat mengekalkan nombor anda yang sedia ada dan anda tidak perlu lagi beritahu semua senarai dalam kontak anda yang anda telah tukar nombor atau pembekal perkhidmatan. 

Tetapi ada juga sedikit kekurangan kerana apabila anda menghubungi orang lain, anda sudah tidak tahu pembekal perkhidmatan yang digunakan oleh orang yang anda hubungi. Jadi secara tidak langsung bil telefon anda mungkin akan lebih tinggi daripada jangkaan kerana setiap kali anda telefon mungkin ke Telco lain.

Walaubagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyediakan satu platform untuk pengguna membuat semakan nombor telefon dan pembekal perkhidmatan yang digunakan di portal MNPCheck SKMM


Apabila anda buka portal tersebut, ini adalah paparan yang anda dapat lihat. Masukkan nombor telefon anda pada ruangan 'Call From' dan masukkan nombor yang anda hendak hubungi pada 'Call To'. 

Dan apabila anda tekan check, ini adalah keputusan yang akan anda perolehi.


Keputusan hanya akan memberitahu bahawa nombor adalah dari mobile operator yang sama atau berlainan. Dan portal ini tidak akan memberikan telco yang tepat bagi nombor yang anda ingin tahu. Jadi untuk membuat semakan, Telco bagi salah satu nombor anda perlu tahu terlebih dahulu sebelum membuat semakan. Jika keputusan yang diterima adalah berlainan mobile operator, anda kemungkinan perlu mencuba dengan beberapa nombor yang berlainan telco.

Terima kasih kerana membaca Cara Menyemak Pembekal Perkhidmatan (Service Provider) Telco. Berikan komen anda tentang artikel ini dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking