Hutang di zaman sekarang sudah menjadi satu kebiasaan. Ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang digeruni malah ada yang sanggup bergaya dengan berhutang. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang menjadikan kita terpaksa berhutang seperti membeli tanah atau rumah kediaman.Â
Kami tertarik dengan artikel daripada Tuan Zul yang diterbitkan pada 22 Ogos 2011 tentang bagaimana cara beliau sekeluarga bebas daripada hutang.Â
Sebelum itu ada beberapa persediaan yang perlu ada dalam diri kita untuk kita lebih mudah untuk membayar hutang.
Persediaan 1 : Wujudkan sifat sentiasa cukup dengan apa yang ada.
Ramai dalam masyarikat kita kurang bersyukur dengan apa yang mereka ada. Mereka jarang melihat nikmat yang diberikan kepada mereka, tetapi kerap melihat nikmat yang diberikan kepada orang lain dan akhirnya dihijab dengan nikmat yang diberikan kepada diri sendiri.Â
Persediaan 2 : Fahami erti keperluan dan kemahuan
Dua perkataan inilah yang membezakan antara seorang yang berjimat cermat dan juga seorang yang boros dalam berbelanja. Keperluan merujuk kepada perkara yang mesti ada dalam kehidupan kita seperti makanan asas, pakaian asas dan pendidikan. Kemahuan pula merujuk kepada perkara seperti makan di tempat mewah, membeli pakaian yang berjenama dan sebagainya. Teliti kehidupan seharian kita dan pastikan aliran duit kita adalah demi keperluan kita dan bukannnya demi kemahuan kita.
Persediaan 3 : Hidup di bawah kemampuan
Pastinya ramai yang hidup berdasarkan kemampuannya tetapi bagi orang yang bercita-cita untuk bebas daripada hutang, mereka perlu hidup dibawah kemampuannya. Sebagai contoh, jika anda mampu membeli kereta mewah Mercedes, anda akan membeli kereta Proton sahaja. Kedua-dua kenderaan tersebut boleh membawa anda kesuatu tempat.Â
Itulah antara 3 perkara penting persediaan dalan diri yang perlu ada untuk menjadikan anda bebas hutang. Dalam artikel Tuan Zul, beliau berkongsi 7 cara untuk bebas daripada hutang dengan cepat. Cepat tidak bermaksud hutang anda akan habis dalam sekelip mata, tetapi matlamatnya adalah untuk anda bayar lebih cepat daripada waktu yang ditetapkan. Ini sebenarnya akan dapat menjimat duit anda kerana anda akan kurang membayar interest kepada bank.
Berikut adalah cara yang dikongsikan oleh Tuan Zul.
Cara 1 : Jangan berhutang lagiÂ
Fokus pada matlamat anda dan jangan mulakan hutang baru. Termasuk skim ansuran mudah membeli peralatan elektrik atau perabot.
Cara 2 : Langsaikan hutang paling tinggi interest atau langsaikan hutang yang paling sedikit dahulu
Dalam artikel Tuan Zul, beliau mencadangkan untuk membayar hutang yang paling tinggi interestnya. Ini adalah untuk menjimatkan bayaran interest yang perlu anda bayar kepada bank. Anda juga ada pilihan untuk membayar hutang yang paling sedikit dulu. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan anda lebih bermotivasi untuk membayar hutang setelah selesai hutang yang pertama.
Cara 3 : Buka akaun simpanan untuk 'full settlement'
Bayar seperti biasa hutang-hutang anda tetapi dalam masa yang sama simpan sedikit dalam akaun simpanan yang dikhaskan untuk full settlement hutang anda.
Cara 4 : Guna duit bonus untuk bayar hutang
Ramai orang yang sudah ada perancangan sebelum duit bonus diterima. Bagi yang bermatlamat untuk membayar hutang dengan cepat, pastikan duit bonus anda digunakan untuk membayar hutang terlebih dahulu. Jika tidak semua pun, paling kurang 50% daripada bonus anda.
Cara 5 : Simpan kenaikan gaji dalam akaun full settlement
Kebanyakan pekerja akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun. Pastikan duit kenaikan ini dimasukkan ke dalam akaun full settelment anda untuk mempercepatkan lagi pengumpulan dana full settelment.
Cara 6 : Simpan duit bayaran hutang sebelumnya dalam akaun full settlement
Jika anda telah berjaya melangsaikan hutang anda yang pertama, masukkan jumlah yang sama ke dalam akaun full settlement dan bayar hutang anda yang lain seperti biasa. Dan biarkan simpanan full settelment anda terkumpul sehingga cukup untuk membuat bayaran penuh hutang anda yang seterusnya.
Cara 7 : Bayar hutang secara automatik
Bagi mengelak daripada bayaran tertunggak dan mungkin dikenakan cas tambahan kerana kelewatan pembayaran hutang bulanan, dinasihatkan untuk anda membuat bayaran secara automatik sama ada melalui potongan gaji atau pun melalui arahan tetap bank anda.
Begitulah 7 cara yang dikongsikan oleh Tuan Zul dalam artikel beliau. Tiada rahsia lain untuk cepat membayar hutang selain terus membayarnya.Â
Terima kasih kerana membaca Cara dan Strategi Bebas Daripada Hutang. Semua kredit cara yang dikongsikan adalah atas Tuan Zul. Berikan komen anda dan kongsikan kepada kawan-kawan anda yang mempunyai matlamat yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan