Cara Mengilatkan Lampu Kereta Yang Mudah Dan Jimat


Dah dekat 6 tahun usia kereta wife aku. Lagi setahun jek nak habis bayar hutang kereta tu. Kereta Perodua Myvi SE tahun 2010. Aper lagi kalau dah habis bayar kete ni memang berangan nak beli kereta baru la yang smart sket. Dalam list dah ada Mazda 2, Honda City, Toyota Vios, Nissan Almera ng Proton Suprima S. Tengok la nanti mana yang akan aku sambar.

Tapi bukan ni yang nak diceritakan. Biasa la kalau kereta pun dah dekat 6 tahun, mesti la semua barang pun dah season di makan dek waktu. Tambah wife pulak tau bawa kete jek, hal-hal jaga kete sume aku yang kena buat. So aku pun sakit mata tengok lampu kete Myvi dia dah warna kuning macam kusam. So projek kali ini adalah macam mana nak jernihkan semula lampu kereta Myvi nie.

Dengar petua katenya guna ubat gigi jimat. Teknik DIY la katekan. Zaman GST ni kite kena jimat. So mari kita belajar cara-cara nya:

Cara nak mengilatkan lampu yang sudah kekuningan:
  1. Satu baldi kecil air bersih, kain bersih & ubat gigi
  2. Bersihkan permukaan lampu dengan air bersih, air paip la kiranya
  3. Lepas tu lap lampu tadi sehingga kering
  4. Letakkan ubat gigi (tak kesah jenama apa, janji ubat gigi) pada permukaan lampu
  5. Gilap lampu menggunakan kain bersih secara membulat lebih kurang 5 minit (nak lagi kilat, gilap lagi lama la hehe…)
  6. Bilas dengan air permukaan lampu yang dipenuhi ubat gigi tadi dengan air bersih
  7. Lihatlah hasilnya
Nak tahu berkesan atau tidak, kena la cuba sendiri dulu. Dah cuba komen kat bawah berkesan atau tidak. Terima kasih kerana membaca Cara Mengilatkan Lampu Kereta Yang Mudah Dan Jimat. Berikan komen anda dan kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda.  

Nota: Artikel ini disumbangkan oleh Tuan Reza SHRZ yang merupakan penulis part time di Wikicara.org

9 ulasan:

  1. aku dah buat tapi x menjadi pun.. masih lagi kabur.. ubat gigi tu pas sapu kat kat lampu nk biar beberapa minit dulu atau terus gilap lampu? kain bersih nk gilap tu kena kering ke basah sikit?

    BalasPadam
  2. Cara yang saya guna adalah pastikan lampu tu kering. Kalau x basuh dulu pun xpe. Letakkan ubat gigi, dlm kes saya saya guna frsh n white kayu sugi.. ambil kain kering, gilap dalam keadaan membulat. X perlu biarkan pun xpe. bila dah gilap dah nampak kilat n jernih. boleh bilas dengan air. Alhamdulillah td baru jek saya buat. Menjadi. Mungkin ia bergantung pada jenis lampu ataupun kalau dah terlampau kuning lampunya kesan pengoksidaan, cara ini tidak lagi berkesan. Mungkin perlu keluarkan duit sedikit beli polish lampu kereta. Harap perkongsiaan ini membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bro Reza SHRZ kerana sudi menjawab persoalan-persoalan rakan-rakan kita.

      Padam
  3. Rakan-rakan saya memberitahu saya banyak mengenai Toyota Vios, tetapi masih keliru tentang spesifikasi

    BalasPadam
  4. Saya menyokong honda dan citarasa Perodua Aruz, berharap mereka melakukannya dengan baik tetapi kerana kita tidak lagi mempunyai kereta nasional, kerajaan harus mengurangkan halangan perlindungan dan membolehkan rakyat mengurangkan hutang isi rumah ..

    BalasPadam
  5. I love this post! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee pods, I make my own coffee pods with a coffee pod filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently.

    BalasPadam

Back To Top