Cara Menggunakan Aplikasi Slidejoy - Dibayar untuk Buka Lockscreen Android


Pastinya setiap smartphone akan dilengkapi dengan lockscreen. Tetapi tahukah anda bahawa lockscreen anda itu boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan setiap bulan? Memperkenalkan aplikasi Slidejoy - Lockscreen Reward. Tetapi bagi rakyat Malaysia, aplikasi ini tidak ada di dalam Google Play (country restriction). Anda boleh mendapatkan aplikasi tersebut di sini. Aplikasi Slidejoy akan memaparkan iklan dan trending news pada locksceen anda. Dan kerana itulah anda dibayar.

Langkah 1 : Muatturun dan pasang aplikasi Slidejoy


Langkah 2 : Fahami slidejoy

Menurut pembangun aplikasi Slidejoy, cara terbaik untuk menjana pendapatan melalui Slidejoy adalah dengan menggunakan telefon anda secara normal. Ini kerana sistem slidejoy dapat mengesan penggunaan Lockscreen yang abnormal. Sama ada anda slide ke kiri untuk lihat promosi ataupun slide ke kanan untuk terus masuk ke paparan telefon anda, anda akan dibayar. Menurut pembangun Slidejoy lagi, ganjaran yang diberikan tetap sama samada anda lihat prmosi itu (slide kiri) atau tidak (slide kanan). Setiap hari anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk 'carat' dan 100 carat = $1. Masih tidak faham berkenaan slidejoy? Tonton video ini.




Langkah 3 : Payout

Payout boleh dibuat dengan menggunakan Paypal dan giftcard. Anda boleh mula lakukan payout seawal 100 carat! Tetapi Slidejoy mempunyai masa menunggu (waiting period) sebelum anda dibenarkan redeem carat anda. Update terkini menyatakan anda perlu tunggu 2 minggu sehingga anda boleh redeem point anda. 

Masa menunggu inilah yang sebenarnya penting bagi pihak Slidejoy untuk terus bertahan dalam industri ini. Tetapi dalam masa yang sama anda dapat mengumpul lebih banyak carat!

Berapa banyak saya boleh dapat dengan Slidejoy?

Kebarangkalian berapa anda dapat adalah tidak terkira. Melalui review pengguna Slidejoy, ada yang mendapat lebih dari 20 carat/hari dan ada yang dapat 10-15 carat sehari. Ianya mungkin tidak dapat menjadikan anda kaya raya. Tetapi anda dibayar untuk sesuatu yang anda memang akan buat setiap hari iaitu buka lockscreen telefon pintar anda. Dengan kata lain anda seolah-olah dibayar untuk tidak berbuat apa-apa.

Kelebihan Slidejoy

Dari pengalaman kami sendiri, Slidejoy memberikan iklan dan trending news yang berkualiti berbanding aplikasi yang setara dengannya. 

Muatturun aplikasi Slidejoy di sini

Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Aplikasi Slidejoy - Dibayar untuk Buka Lockscreen. Kongsikan dengan rakan-rakan anda sekiranya artikel ini bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top