Cara Praktikal Menghafaz Alquran


Bertuahlah bagi sesiapa yang di dalam hati dan mindanya adalah Al-Quran. Al Quran bukan sahaja perlu dibaca. Tetapi ianya lebih lagi perlu difahami. Dan adalah satu kelebihan bagi sesiapa yang dapat menghafal Al-Quran. Berjaya menghafal kitab suci Al-Quran merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah kepada para penghafaz. 

Untuk orang awam, anda tidak terkecuali dalam tanggungjawab untuk menghafal kitab suci ini. Sekadar mana anda berjaya bukanlah matlamat utama, tetapi sejauh mana anda berusaha lebih dilihat oleh sang pencipta. Sebelum menghafal Alquran, buat 3 langkah ini terlebih dahulu.

Langkah 1 : Perbaiki bacaan Alquran

Anda tidak akan dapat menghafal alquran sekiranya anda masih belum lancar dalam membacanya. Jika anda sudah lancar, perbaiki juga bacaan dengan hukum-hukum tajwid. Tetapi bagi yang masih belum lancar, berita gembira bagi anda. Kesukaran anda dalam membaca Alquran sebenarnya diambil kira dan dikira sebagai pahala kerana usaha anda membaca Alquran. Dengan erti kata lain, orang yang masih baru belajar Alquran dan sentiasa berusaha akan diberikan 2 ganjaran pahala iaitu pahala berusaha untuk membacanya dan pahala untuk membaca Alquran itu sendiri. 

Langkah 2 : Lazimkan diri mendengar bacaan Alquran

Tidak kira anda menuju ke mana, lazimkan perdengarkan alunan ayat suci Alquran dalam kenderaan anda. Kelaziman ini akan memudahkan anda untuk menghafal Alquran kerana minda anda sudah sebati dengan ayat-ayat Alquran. Orang yang mendengar ayat Alquran lalu senyap dan menghormatinya akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang membacanya. 

Langkah 3 : Lazimkan membacanya

Rumah yang dibacakan Alquran oleh penghuninya akan sentiasa dalam rahmat Allah. Rajin-rajinlah membaca Alquran kerana lidah yang membaca ayat-ayat Alquran itulah yang akan menjadi saksi untuk anda di akhirat nanti. Orang yang melazimkan bacaan Alquran akan melatih lidahnya untuk lembut menyebut setiap kalimah yang terdapat di dalam Alquran. Ini juga amat membantu anda untuk menghafaz Alquran. Bacalah sekurang-kurangnya setiap hari beberapa muka surat (selain dalam solat).

Langkah 4 : Makan makanan yang halal dan baik

Makanan adalah unsur yang menjadi darah daging kita. Pastikan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan keluarga kita adalah halal dan baik. Jauhkan dari makanan dan minuman yang syubhah (tidak pasti). 

Jika 4 langkah tersebut telah dipenuhi. Anda sudah boleh mula untuk menghafal Alquran. 



Cara 1 : Mulakan dengan menghafal satu hari hanya 3 baris

Kenapa hanya 3 baris? Ini adalah kerana ianya tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Selain itu, tiga baris juga tidak memakan masa yang lama untuk dihafal. 

Cara 2 : 30 minit sehari

Ambil masa 30 minit setiap hari untuk mengulang hafalan anda. Sebaik-baiknya 30 minit sebelum subuh.

Cara 3 : Baca hafalan di dalam sebelum solat, ketika solat dan selepas solat

Ulang hafalan anda di waktu  pagi sebelum solat iaitu masa diantara azan dan iqomah. Baca juga ayat yang anda hafal di dalam solat. Selepas solat, jadikan ayat yang anda hafal sebagai zikir tambahan.

Apa yang paling penting adalah usaha, usaha dan usaha serta tidak mudah jemu. Anda boleh dapatkan sumber bacaan tambahan di kedai buku untuk menambah ilmu dalam usaha untuk menguasai hafalan dan memahami Alquran.



Terima kasih kerana membaca Cara Praktikal Menghafaz Alquran. Berikan komen anda dan kongsikan dengan kawan-kawan.
Back To Top