Cara Mengupas Kulit Telur Rebus dengan Cepat


Telur merupakan antara makanan yang paling popular di dunia. Termasuklah penduduk di Malaysia. Telur bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga ianya adalah makanan yang dapat memberikan anda sumber protein. Tetapi tahukan anda bahawa ada cara yang pantas untuk anda mengupas kulit telur dengan cepat dan mudah?


Cara 1 : Ambil mangkuk dan sedikit air



Apa yang anda perlukan adalah sebuah mangkuk dan sedikit air. Masukkan beberapa biji telur ke dalam mangkuk dan isikan mangkuk tersebut dengan sedikit air. Tutup mangkuk tersebut dan goncangkan mangkuk yang berisi telur tersebut selama lebih kurang 15 saat. Selepas itu buka mangkuk tersebut dan kulit telur telah terkupas dengan sendirinya. 

Cara 2 : Guna Tangan 


Jika anda tiada mangkuk dan air (mungkin anda makan di luar rumah atau semasa perkhemahan), cara yang paling mudah untuk mengupas kulit telur adalah dengan menggunakan tangan tetapi dengan cara yang tertentu. Caranya adalah tekan dan gulingkan telur anda di bahagian tepinya sehingga pecah semuanya. Seterusnya anda akan dapat mengupas kulit telur dengan sangat mudah.  

Mudah bukan?. Ini amat berguna dan menjimatkan masa untuk anda yang perlu memecahkan telur dalam kuantiti yang banyak seperti untuk jualan di kedai makan.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengupas Kulit Telur Rebus dengan cepat. Berikan komen anda di bawah dan kongsikan kepada kawan-kawan anda.


Back To Top