Cara Daftar Unit Amanah Dengan Fundsupermart


Fundsupermat merupakan antara platform unit trust secara online yang boleh dipercayai. Ianya tidak memerlukan orang tengah atau agent untuk anda melabur. Tetapi anda memerlukan ilmu dalam memilih unit trust mana yang anda hendak melabur. Pendaftaran adalah percuma. Terdapat ratusan unit trust yang terdiri daripada unit trust yang patuh syariah bagi umat Islam dan juga unit trust yang konvesional.


Selain daripada bertanggungjawab untuk menguruskan akaun unit trust anda, Fundsupermart juga memberikan anda peluang untuk menyediakan skim Persaraan Persendirian (PRS). Untuk maklumat lanjut boleh layari Fundsupermart.com

Cara pendaftaran juga adalah sangat mudah. Dokumen yang diperlukan untuk anda memulakan pendaftaran hanyalah salinan IC depan belakang yang perlu anda scan dan muatnaik semasa pendaftaran. 

Langkah 1:
Layari laman Fundsupermart dan klik pada 'Account Opening'. Anda boleh memilih untuk membuat akaun persendirian (personal account) jika anda baru mula mendaftar, atau anda boleh membuat akaun tambahan (beneficiary account) untuk anak atau isteri anda.


Klik pada akaun peribadi.

Kemudian klik pada 'New' untuk membuat akaun baru.


Isikan semua ruangan yang butiran diri anda. Isi sehingga penuh ruangan yang diperlukan. Setelah selesai terus klik 'Submit'.

Sekarang anda sudah boleh login dengan menekan 'View Holding'. Pada peringkat permulaan, tiada unit amanah di dalam akaun anda kerana anda belum membeli sebarang unit amanah. Kami nasihatkan untu anda membaca 'Getting Started' sebelum membeli sebarang unit amanah. Jangan membeli dengan gopoh. Tambahkan ilmu dahulu sebelum membuat sebarang pembelian. Baca buku-buku tentang unit amanah bagi membantu anda belajar selok belok unit amanah.

Akhir sekali diingatkan, tiada jalan mudah untuk cepat kaya dengan Unit Amanah, tetapi ada cara untuk tingkatkan keuntungan dan kurangkan kerugian dengan Unit Amanah.



Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Unit Amanah Dengan Fundsupermart. Berikan komen anda tentang Fundsupermart dan kongsikan dengan kawan-kawan anda.
Back To Top