Cara Buat Duit Menggunakan Aplikasi Android

Cara Buat Duit Menggunakan Aplikasi Android

Cara Buat Duit Menggunakan Aplikasi Android. Setiap hari penggunaan telefon pintar akan semakin bertambah dan seiiring dengan perkembangan tersebut, penggunaaannya juga melangkaui dari hanya sekadar sebagai penghubung dan komunikasi. Telefon pintar dengan sistem Android adalah salah satu telefon pintar yang amat popular di dunia. Dalam masa sama terdapat banyak aplikasi yang dibangunkan dapat menjana sedikit pendapatan sampingan kepada penggunanya. Berikut adalah beberapa jenis aplikasi yang memberikan ganjaran kepada penggunanya.

1. Slidejoy




Slidejoy adalah antara penyambung kepada legasi get paid to unlock. Sebelum ini sudah ada aplikasi seperti ini iaitu Locket atau Fronto tetapi kini tidak lagi memberi ganjaran kepada penggunanya. Konsep get paid to unlock adalah aplikasi tersebut perlu anda install pada telefon pintar anda dan aplikasi tersebut akan menggantikan unlock screen yang sedia ada. Pada lock screen tersebut akan dipaparkan iklan atau artikel. Tidak kira sama ada anda buka link tersebut atau terus unlock telefon anda, Slidejoy tetap akan memberi ganjaran kepada anda. Bayaran yang diberikan adalah dalam lingkungan USD 0.20 sehari dan bergantung kepada penggunaan telefon anda. Jika anda sengaja memperbanyakkan melihat link yang diberikan dengan harapan untuk anda mendapat lebih banyak ganjaran, anda telah silap. Slidejoy mempunyai sistem yang dapat mengetahui sekiranya pengguna sengaja klik link banyak kali untuk mendapatkan ganjaran. Cara terbaik menggunakan Slidejoy adalah guna telefon anda seperti biasa.  

Pembayaran ganjaran dilakukan dengan banyak cara seperti Paypal, Amazon Giftcard dan sebagainya. Pembayaran boleh di buat apabila pengguna telah dapat mengumpul USD 1. Tetapi pembayaran hanya dibuat selepas 3 bulan penggunaan Slidejoy. Ini adalah penting untuk memastikan pihak pembangun aplikasi Slidejoy dapat bertahan lama di dalam industri ini. 


2. Whaff Reward



Whaff adalah aplikasi yang memberi ganjaran setiap kali anda install aplikasi yang iklankan di dalam aplikasi tersebut. Bayaran bagi setiap pemasangan adalah antara USD 0.10-0.50. Pembayaran ganjaran akan dilakukan setelah pengguna mengumpul USD10. Pembayaran boleh dilakukan dengan Paypal dan lain-lain cara lagi. Anda boleh bermula dari USD 0 atau boleh memasukkan kod jemputan BH10803 untuk menerima USD0.30 sebagai permulaan.




Baca maklumat penuh tentang Whaff Reward

Sememangnya terdapat banyak lagi aplikasi seperti Whaff Reward seperti Tapcash dan sebagainya. Tetapi 2 aplikasi ini adalah antara yang terbaik di kalangan aplikasi yang memberikan ganjaran kepada pengguna. 

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Menggunakan Aplikasi Android. Berikan komen atau pengalaman anda dan kongsikan dengan rakan-rakan.

Back To Top