kredit gambar :Â http://www.kadkahwin.co/ |
Musim perkahwinan tidak pernah berhenti. Selagi ada manusia dibumi ini, selagi itu akan ada permintaan untuk membuat kad kahwin. Ramai juga yang berniaga membuat kad kahwin secara sambilan sahaja tetapi boleh menjana pendapatan tambahan setiap bulan.Â
Terdapat pelbagai pakej permulaan perniagaan kad kahwin yang membolehkan anda memulakan perniagaan membuat kad kahwin tanpa anda memiliki kedai sendiri, mesin printing sendiri dan dengan kos permulaan yang sangat rendah!
Jadi apa yang saya perlukan untuk memulakan perniagaan kad kahwin?
Langkah 1 : Sediakan diri dengan ilmu
Tidak kira apa pun yang ingin anda lakukan, siapkan diri anda dengan ilmu. Jika anda mahu mulakan perniagaan kad kahwin, cari bahan bacaan tentang kad kahwin, design kad kahwin dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai pakej yang siap dengan tutorial bagaimana untuk menjadi usahawan kad kahwin ini.
Langkah 2 : Fokus dengan matlamat anda
Ramai orang yang hanya hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan sesuatu. Jangan sesekali menjadi begitu. Fokus dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pasti akan mendatangkan kejayaan.
Langkah 3 : Berfikiran di luar kotak
Seorang usahawan semestinya perlu berfikiran kreatif dalam melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan orang lain. Perhatikan disekeliling anda, mungkin banyak perkara yang boleh anda adaptasikan ke dalam bisnes kad kahwin anda nanti. Sebagai contoh, ramai yang membuat design kad kahwin seperti surat khabar, kalendar, buku latihan dan sebagainya. Â
Perkara yang paling penting adalah mulakan dari sekarang dan jangan bertangguh-tangguh!
Terima kasih kerana membaca Cara Jana Pendapatan Dengan Kad kahwin. Berikan komen dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.