Cara Tingkatkan Produktviti DIri


Produktiviti adalah sesuatu yang penting dalam menjalankan sesuatu kerja. Tidak kira sama ada bekerja di dunia fizikal atau bekerja di dunia siber, tanpa produktiviti sesuatu kerja pasti sukar untuk diselesaikan dengan baik. Sebelum kita perlu tahu berkenaan cara untuk meningkatkan produktiviti diri, kita perlu tahu sebab mengapa kita perlu menjadi lebih produktif.

Jana $65,000 Tahun Ini Daripada Laman Web Automatik!


Mengapa saya mahu lebih produktif?

Soalan ini perlu anda tanyakan kepada diri anda sendiri.  Mungkin anda mahu menjadi lebih produktif supaya anda dapat menyelesaikan kerja dengan cepat dan berkualiti supaya anda dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Itu adalah salah satu sebab mengapa seseorang mahu menjadi lebi produktif. Sebelum kita ke cara tingkatkan produktiviti diri, kita perlu sama-sama menjawab soalan ini.
.
.
.
.
.
.
Dah ada jawapannya? Baca seterusnya..

Cara meningkatkan produktiviti diri.

Cara 1 : Mulakan kerja dengan perkara kecil


Jika anda bekerja di pejabat, mulakan hari kerja anda dengan mengemas meja kerja anda. Susun semua perkakasan kerja anda dengan kemas. Jika anda bekerja di rumah, mulakan hari anda dengan mengemas rumah ataupun mencuci pinggan. Kerja yang kecil ini sebenarnya menyediakan diri anda daripada mod berehat kepada mod bekerja. Jadi apabila anda sudah menyelesaikan kerja yang kecil tersebut, anda sudah cukup 'panas' untuk ke kerja yang sebenar.

Cara 2 : Selesaikan satu persatu secara keseluruhan


Minda kita mungkin menyatakan buat semua perkara dalam satu masa akan menyebabkan kerja kita lebih cepat siap. Tetapi secara praktikalnya, menyelesaikan satu kerja dalam satu masa secara keseluruhan adalah cara terbaik untuk meningkatkan produktiviti kerja. Tambahan pula, kerja yang dapat disiapkan akan menjadi semangat untuk menyelesaikan kerja yang lain.

Cara 3 : Berehat


Sediakan waktu rehat setiap 60 minit anda bekerja. Rehat yang dimaksudkan adalah tidak lebih dari 5 minit. Cukup dengan sedikit senaman meregangkan badan untuk meleraikan keletihan diri. Rehat yang pendek ini sebenarnya dapat mengecas semula tenaga dalam badan pekerja. Tetapi jangan sesekali berehat lebih dari 15 minit kerana ini akan menyebabkan badan terlalu relax dan mod bekerja mula beralih arah ke mod rehat.

Cara 4 : Matlamat


Tuliskan matlamat kerja anda. Senaraikan matlamat jangka masa panjang dan jangka masa pendek anda. Matlamat jangka masa pendek termasuklah senarai kerja yang perlu diselesaikan berserta tarikh ianya perlu diselesaikan. Senarai ini sebenarnya sebagai panduan dan motivasi kepada anda untuk menyelesaikan tugas anda. 

Cara 5 : Puji diri sendiri

Jangan salah faham dengan cara ini. Cara ini bukan bermaksud mahu anda berlagak dengan rakan sekerja dengan kerja yang anda telah lakukan. Tetapi ia bermaksud puji diri anda sendiri di dalam hati setiap kali anda berjaya menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Pujian ini walaupun nampak ringkas, tetapi ianya memberikan rangsangan psikologi untuk anda terus bersemangat menyelesaikan tugasan yang lain.

Make $65,000 This Year From Automated Websites!


Terima kasih kerana membaca Cara Meningkatkan Produktivi Diri. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan.
Back To Top