Pelbagai jenis prosuk kesihatan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan hinggakan pengguna kadang kala terlepas pandang dengan status produk tersebut sama ada berdaftar dengan Kementerian Kesihatan atau tidak.Â
Mengapa perlu berdaftar?
Adalah penting untuk KKM pastikan semua produk yang dijual dan digunakan adalah berdaftar untuk menjamin dari segi keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk tersebut. Pendaftaran juga membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pengilang, pengedar atau peruncit daripada mengambil kesempatan atas keperluan pengguna yang memerlukan rawatan kesihatan.
Apa yang perlu berdaftar?
- Semua farmaseutikal dosage form iaitu pil, tablet dan kapsul.
- Cecair dengan tuntutan perubatan seperti ubat batuk.
- Makanan atau minuman dengan tunturan perubatan seperti teh peria yang menyatakan digunakan untuk mengurangkan diabetes.Â
Terdapat dua cara untuk menyemak status pendaftaran produk kesihatan di Malaysia.
Cara 1: Mengenalpasti No.pendaftaran MAL
Setiap produk kesihatan yang berdaftar diwajibkan untuk memaparkan no pendaftaran MAL. Setiap produk yang berdaftar akan ada no. MAL dan diikuti oleh 8 digit nombor dan kemudian diikuti dengan kod huruf. Terdapat 4 jenis kod huruf iaitu:
MAL12345678A - Ubat terkawal iaitu ubat yang hanya boleh dijual dan dibekalkan oleh hospital, klinik dan farmasi. Contoh ubat adalah ubat jantung dan ubat darah tinggi. Kebanyakan ubat untuk penyakit kronik adalah dalam kategori ini.
MAL12345678X - Ubat biasa atau Over The Counter (OTC). Ubat ini boleh dijual di mana-mana kedai termasuk kedai jamu, kedai runcit. Contoh paling mudah adalah ubat demam seperti Panadol dan Uphamol.
MAL12345678T -  Ubat tradisional. Iaitu ubat atauprosuk yang diperbuat daripada herba-herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, ginseng dan lain-lain. Ubat ini boleh dijual di mana-mana kedai termasuk kedai jamu dan kedai runcit. Contoh ubat adalah pil tongkat ali, kapsul kacip fatimah dan lain-lain.
MAL12345678N - Ubat tambahan atau supplement. Ubat ini boleh dijual di mana-mana kedai termasuk kedai jamu dan kedai runcit. Contohnya adalah vitamin atau kapsul minyak ikan.
Cara 2: Mengenalpasti Hologram Meditag
Satu lagi ciri produk berdaftar adalah ianya perlu tertampal dengan hologram meditag iaitu satu stiker keselamatan yang hanya dikeluarkan oleh KKM.
Hologram Meditag -versi baru |
Kedua-dua ciri ini iaitu no. MAL dan hologram perlu ada pada setiap produk yang berdaftar dengan KKM. Jika salah satu ciri tiada, produk tersebut secara automatik akan dianggap tidak berdaftar dan boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Anda sebagai pengguna dan juga sekiranya anda mahu menjadi penjual adalah penting untuk mengetahui keperluan perndaftaran ini. Jadilah pengguna yang bijak dan penjual yang beretika.Â
Anda juga boleh menyemak status pendaftaran melalui internet di BPFK. Lihat video di bawah.
Anda sebagai pengguna dan juga sekiranya anda mahu menjadi penjual adalah penting untuk mengetahui keperluan perndaftaran ini. Jadilah pengguna yang bijak dan penjual yang beretika.Â
Anda juga boleh menyemak status pendaftaran melalui internet di BPFK. Lihat video di bawah.
Terima kasih kerana membaca Cara Semak Status Produk Kesihatan. Berikan komen anda diruangan komen dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.