WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mudah Jimat Duit untuk Pelajar


Salah satu zaman yang paling mudah untuk berjimat adalah semasa menjadi seorang pelajar. Ini akan bertambah mudah sekiranya pelajar tersebut mendapat tajaan. Berikut adalah cara mudah untuk pelajar berjimat:-

Cara 1 : Jangan merokok


Ya, merokok merupakan salah satu sebab seseorang itu sukar untuk berjimat dan menabung. Ini lebih parah lagi jika perokok tersebut adalah seorang pelajar. Bayangkan jika seorang berbelanja RM12 untuk sekotak rokok dalam sehari, duit yang akan dihabiskan untuk rokok dalam setahun adalah lebih kurang RM4536!

Cara 2: Jangan bercouple dulu

Berapa ramai yang bercouple bagai nak rak, tapi akhirnya tidak ke mana? Yang dikejar tak dapat, duit semua berciciran. Jika nak bercouple, cari lah couple yang pandai berjimat cermat, bukan couple yang hanya pandai ajak keluar makan, tengok wayang, main boling dan sebagainya. Sebaik-baiknya, tak perlu bercouple semasa belajar kerana waktu itu ditetapkan untuk anda belajar.


Cara 3: Pergi perpustakaan

Jadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan pertama yang anda gunakan. Alasan pertama sebab ianya percuma. Kedua sebab ianya percuma. Ketiga sebab ianya percuma.

Cara 4: Kongsi buku / peralatan dengan kawan


Banyak peralatan yang boleh dikongsikan bersama seperti mesin pencetak dan buku rujukan. Pastikan berkongsi dengan penuh berhemah, jangankan ada yang terasa hati pula.

Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Jimat Duit Untuk Pelajar. Berikan komen anda diruangan komen dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking