Cara Mudah Meletakkan Facebook Page Pada Blogger


Tidak lengkap rasanya jika anda ada laman sesawang tetapi tidak digabungkan dengan Facebook Page. Ini adalah kerana facebook page akan menentukan berapa banyak follower atau orang yang suka dengan laman sesawang anda. Berikut adalah langkah untuk anda menggabungkan Facebook Page ke dalam laman sesawang anda.

Langkah 1:

Buka Facebook Page Plugin. Anda akan lihat paparan seperti di bawah.


Jika anda perhatikan di bahagian kiri itu terdapat beberapa pilihan yang anda boleh lakukan. Untuk kali ini adalah berkaitan 'page plugin' sahaja. Pilihan lain akan ditunjukkan pada post yang lain untuk mengelakkan kekeliruan.

Langkah 2: Salin URL Facebook page anda


 Langkah 3: Tampal URL anda pada laman page plugin tadi.


Sejurus selepas anda menampal URL facebook page anda, preview page plugin anda akan kelihatan di bahagian bawahnya. Anda boleh setkan kelebaran dan tinggi yang anda mahu untuk page plugin anda. Untuk kebiasaan, kelebaran dan ketinggian adalah 300 pixel x 250pixel.

Langkah 4:

Tekan 'Get Code' dan Salin (copy) code yang diberikan.


Ramai orang akan mula risau bila melihat kod-kod yang diberikan. Anda tidak perlu faham apa yang ditulis, apa yang anda perlu tahu mana nak letak kod tersebut. Sudah salin kod tersebut? Kita ke langkah seterusnya.

Langkah 5:

Buka blog anda dan pergi ke Layout


Tekan pada 'Add a Gadget' > Html/JavaScript


Tampalkan kod pada No.1 ke dalam bahagian content. Biarkan Title kosong. Kemudian tekan save. Letakkan (drag) 'gadget tersebut  di atas ruangan blog (body) anda.

Kemudian, pilih sekali lagi 'Add a Gadget' dan kali ini tampal kod No.2 dalam bahagian content. Kemudian save. Letakkan gadget tersebut sama ada di bahagian sidebar atau footer. Kemudian tekan 'save arragement'.

Selesai! Anda boleh tekan view blog untuk lihat hasilnya.
Langkah 6:

Masih tidak faham?
Tonton video demo di Youtube.




Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Meletakkan Facebook Page Pada Blogger. Komen dan kongsi dengan rakan-rakan anda.
Back To Top