Cara Jimat Duit Semasa Musim Perayaan


Hari Raya adalah hari bergembira untuk setiap insan yang beragama Islam kerana hari tersebut merupakan hari kejayaan manusia mengharungi cabran Ramadhan. Tetapi di dalam menyambut kegembiraan tersebut, ramai yang mula melupakan tentang betapa pentingnya berjimat semasa musim perayaan. Ada beberapa cara untuk menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan tetapi dalam keadaan berjimat.

Cara 1 : Tidak perlu beli perabot baru














Mengapa perlu beli perabot baru jika perabot lama masih boleh digunakan. Orang yang menziarahi rumah kita datang bukannya untuk melihat perabot kita tetapi untuk bermaaf-maafan. Selain perabot, perkakasan rumah lain juga tidak perlu dibeli baru sekiranya perkakasan rumah kita masih elok. Apa yang perlu anda lakukan untuk kelihatan baru hanyalah mengubah susun atur perabot di dalam rumah anda. Secara tidak sedar rumah anda akan kelihatan seperti baru!



Cara 2: Cukup satu atau dua pasang baju sahaja





















Ramai orang yang memakai baju raya yang dibuat hanya pada hari raya terutamanya orang lelaki. Baju melayu dan samping biasanya hanya dipakai pada hari pertama dan kedua raya. Selepas itu akan disimpan di dalam almari sehingga berhabuk. 

Cara 3: Jangan beli kuih raya mengikut nafsu




















Ramai yang beli kuih muih raya dengan penuh bersemangat, tetapi sayangnya kebanyakannya tidak habis dan hinggakan ada yang masih belum habis sehingga raya tahun depan! Belilah secara berpada-pada.

Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Duit Semasa Musim Perayaan. Berikan komen anda dan kongsikan dengan kawan-kawan.
Back To Top