Bazaar Ramadhan sememangnya tidak dapat di pisahkan dengan bulan Ramadhan. Ia juga merupakan sumber rezeki bagi semua peniaga sama ada yang baru mula berniaga atau pun yang merupakan peniaga tetap. Bagi para pembeli pula, ramai yang masih membeli mengikut nafsu serta membazir makanan. Berikut adalah cara-cara jimat semasa berbelanja di bazar Ramadhan.
Cara 1 : Kurangkan bawa duit tunai
Kurangkan jumlah duit yang di bawa ke bazar Ramadhan adalah cara terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan. Katakan anda membawa hanya RM10, pastinya tidak banyak makanan yang anda dapat beli. Satu nasi bungkus dan air. Itu sudah memadai jika anda seorang bujang.Â
Cara 2: Fikirkan menu sebelum anda pergi ke bazar Ramadhan
Fikirkan menu yang anda dan keluarga anda mahukan sebelum pergi ke bazar Ramadhan. Jika perlu, catatkan pada sehelai nota.Â
Cara 3: Jangan 'window shopping' di bazar Ramadhan
Jangan jadikan bazar tempat untuk window shopping kerana anda akan mudah 'terbeli' makanan yang tidak perlu.
Cara 4: Masak makanan berbuka sendiri
Berapa ramai yang membeli tetapi tidak dimakan kerana rasa yang kurang enak makanan yang dibeli. Apa kata jika anda sendiri yang masak. Pasti anda akan lebih puas hati dengan rasa masakan yang anda sediakan. Dan lebih mengeratkan kasih sayang antara keluarga.Â