Cara Kerja dan Buat Duit Dari Rumah (Bukan Mudah!)

Cara Kerja dan Buat Duit Dari Rumah

Menjadi cita-cita semua orang untuk bekerja dari rumah (serta goyang kaki sahaja) tapi masih dapat duit setiap hari dan setiap bulan. Tetapi sebenarnya tiada yang semudah itu. Bekerja dari rumah sememangnya tidak mustahil tetapi pada mulanya ianya memerlukan kerja keras dan jika perniagaan tersebut dilakukan dengan betul barulah ianya boleh menjadi sumber pendapatan pasif.

Berikut adalah cara untuk buat duit dari rumah tetapi memerlukan kerja keras serta ilmu.

Cara 1 : Affiliate

Affiliate dengan kata mudahnya adalah menjadi agen kepada produk tersebut. Anda tidak memiliki produk sendiri. Kerja anda hanya promosi, promosi dan promosi. Bagaimana nak promosi? Itu adalah bergantung kepada kreativiti anda. Anda tidak perlu menguruskan pelanggan atau dihubungi pelanggan. Jika pelanggan hendak beli produk yang anda promosikan, mereka akan terus berurusan dengan pemilik produk tersebut. Jika ada pelanggan yang beli produk tersebut anda akan dapat komisyen.

Nak cuba menjadi warga affiliate? Di bawah merupakan antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan affiliate.


Lazada (Perkakasan rumah)
Littlewhiz (Barangan bayi dan ibu)
Ashadee (Digital Produk) - Sudah tutup :-(
Klikjer (Digital Produk)
Jobdirumah (Digital Produk)

Banyak lagi syarikat yang menawarkan anda menjadi affiliate. Semua pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma. Anda tidak perlu daftar semua affiliate yang ada di dunia ini untuk cepat kaya. Cukup mulakan hanya dengan beberapa syarikat yang anda berminat dan anda tahu berkenaan produk mereka. Paling baik adalah anda cuba perkhidmatan atau produk mereka dahulu sebelum menjadi affiliate syarikat mereka. 


Cara 2: Dropship

Dropship pula dengan kata mudahnya adalah menjadi agen kepada produk dan anda sendiri yang berurusan dengan pelanggan. Tetapi anda tidak menyimpan produk dan produk disimpan oleh pemilik produk dan penghantaran produk akan dilakukan oleh pemililk produk. Keuntungan anda adalah berdasarkan berapa harga anda jual berbanding harga kos yang anda bayar kepada pemilik produk. 


Cara 3 : Buat Survey Online


Ramai yang skeptikal dengan survey online ini kerana menyangka banyak yang sekadar penipuan. Sebenarnya banyak syarikat online survey yang asli dan boleh dipercayai. 

Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada survey online tersebut betul atau tipu adalah semasa pendaftaran tiada sebarang bayaran diperlukan. Semua online survey yang betul adalah percuma. Mereka yang akan bayar anda. Anda tidak perlu bayar kepada mereka. Anda boleh cari satu persatu survey panel melalui Google. Tetapi ada cara yang lebih mudah untuk anda. 

Layari Panelplace.com dan daftar secara percuma di laman web tersebut. Panelplace akan secara automatik mencari survey panel untuk anda. Panelplace akan senaraikan semua survey panel dalam 'recommended panel' untuk anda dan anda hanya perlu pilih di dashboard akaun anda. Apabila anda telah daftar, semua survey panel yang anda daftar akan terpapar di 'my panels'.




Selepas pendaftaran anda perlu mengisi semua data berkaitan diri anda. Ini adalah AMAT penting untuk memastikan anda dapat survey yang berkaitan dengan diri anda.


Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dari Rumah (Bukan Mudah!). Berikan komen anda dan kongsikan dengan kawan-kawan.
Back To Top