Cara Withdraw Duit Dari Boost Ewallet (2022)

Cara Withdraw Duit Dari Boost Ewallet. Dalam tutorial kali ini saya akan kongsikan cara untuk keluarkan duir dari Boost ewallet. Jika ada keperluan untuk keluarkan duit dari Boost app, anda boleh cuba cara yang akan saya kongsikan ini.


Secara umumnya, Boost ewallet telah menamatkan fungsi untuk pengguna mengeluarkan duit dari ewallet. Cara untuk withdraw duit dari Boost yang akan ditunjukkan tidak memerlukan anda untuk hack ewallet dan cara ini adalah sah.


Apa yang anda perlukan?


Apa anda perlukan hanyalah akaun TnGo ewallet yang sah. Pastikan anda dah verify akaun TnGO ewallet untuk dapat Premium akaun. (Free je upgrade kepada Premium akaun)


Ok step seterusnya, anda pergi ke Profile anda dan register as Merchant di TnGo ewallet. Boleh pilih sebagai perniagaan atau sebagai individu. Jika anda tiada SSM, pilih je sebagai individu. Selepas tu masukkan semua maklumat yang diperlukan termasuk lah nombor akaun bank anda. Pastikan nombor akaun bank tu betul sebab nanti duit yang kita nak keluarkan dari Boost ewallet akan masuk ke bank akaun tu.


Proses pengesahan pembukaan akaun Merchant TnGo ni ambil masa juga. Kalau tak silap 1 hingga 2 hari. Selepas akaun merchant TnGo dah sah, anda akan dapat DuitNow QR code untuk akaun merchant anda. Ini boleh pergi pada Merchant Dashboard di TnGo ewallet.


Boleh save / screenshot atau print DuitNow QR code tu.


Ok selesai part 1.

Part 2 senang je.


Buka aplikasi Boost app dan buka payment dan scan DuitNow QR TnGO yang anda dah simpan atau cetak tadi. Masukkan nilai yang anda nak keluarkan dari Boost app dan sahkan pembayaran tersebut. Duit tersebut akan masuk ke dalam akaun Merhcant TnGO yang anda dah buat sebelum ini.


Dari akaun merchant TnGo akan automatik di transfer ke akaun bank yang anda berikan semasa pendaftaran dalam masa 1 hingga 2 hari.


Jika masih kurang jelas, boleh tonton video di bawah ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top