Cara Pengeluaran KWSP akaun 2 Guna i-Lestari (Tanpa i-akaun)

Cara Pengeluaran KWSP akaun 2 Guna i-Lestari (Tanpa i-akaun). Rentetak daripada wabak COVID-19 yang sedang melanda yang turun menjeaskan ekonomi negara dan dunia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pada 23 Mac 2020 yang lalu bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.

Apa itu i-Lestari dan bagaimana cara untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 tersebut?:
  • Pengeluaran maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP.
  • Pembayaran wang RM500 tersebut akan dibuat terus ke dalam akaun bank pencarum mulai Mei 2020.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
Tujuannya utama akaun KWSP boleh dikeluarkan ini adalah untuk membantu pencarum KWSP meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 dalam masa sama kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini.

Kebanyakan rakyat bersetuju dengan initiatif ini, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.

Apa yang menariknya jika sebelum ini hanya orang yang mempunyai i-akaun KWSP yang boleh membuat permohonan secara online, kini permohonan baru i-Lestari juga boleh dilakukan terus secara online walaupun anda tidak mempunyai i-Akaun KWSP. 

Permohonan dan semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 boleh dibuat secara aas talian di portal rasmi i-lestari online seperti langkah-langkah di bawah:



Step 1: Pergi ke laman sesawang i-Lestari : https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan tekan pada Permohonan Baharu


Step 2: Lengkapkan butiran yang diperlukan. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod. Pastikan maklumat maklumat yang diberikan adalah tepat.




Step 3: Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM).

Step 4: Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif

Step 5: Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon

Step 6: Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU





Semakan status permohonan Pengeluaran KWSP akaun 2 Guna i-Lestari boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.



Cara Semakan status permohonan Pengeluaran KWSP akaun 2 Guna i-Lestari






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top