5 Checklist MESTI Buat Semasa Perintah Kawalan Pergerakan


Pelbagai reaksi yang kita dapat lihat sejak dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac dan kini memasuki fasa ke 3 yang bermula pada 15 April hingga 28 April 2020. Dalam tempoh PKP ini ramai yang tidak dapat bekerja ataupun ada yang terpaksa Work From Home. Jika anda rasa tak tahu nak buat apa semasa PKP, ada baiknya anda semak semula 5 perkara ini dan boleh mula buat bermula hari ini.

Belajar buat duit online

Ramai yang sebelum ini menyatakan mereka tiada masa untuk buat duit online ataupun tak tahu cara buat duit online. Malah ada yang kata tiada masa untuk belajar buat duit online.  Pada saya, waktu Perintah Kawalan Pergerakan inilah masa yang cukup sesuai untuk melakukan langkah permulaan untuk buat duit online ataupun belajar buat duit online.



Buat duit online bukan mestinya perlu mempunyai computer canggih atau perlu ada kelulusan dalam bidang computer. Apa yang diperlukan hanyalah keinginan dan juga usaha. Kini hanya dengan menggunakan Whatsapp atau Facebook sahaja sudah cukup untuk memulakan perniagaan online. Dan semua itu boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar.

Saya dapati ada ramai yang mengambil peluang untuk mula mengonlinekan perniagaan mereka. Malah di kawasan rumah saya, ada yang menjual buah buahan melalui Whatsapp dan membuat COD ke rumah yang nak membeli. Ini adalah contoh yang baik cara belajar buat duit secara online.

Banyak cabang untuk kita dalami berkenaan buat duit online. Menggunakan Whatsapp hanyalah salah satu caranya, banyak lagi cara lain yang anda boleh lakukan untuk buat duit secara online. Saya senaraikan secara ringkas di bawah:




Buat Youtube Channel / Blog

Tahukah anda bahawa banyak Youtube Channel masakan yang sebelum ini sendu, tetapi masa PKP ni mula melangkah naik disebabkan ramai orang yang duduk rumah dan tak tahu nak masak apa. Pada saya, semasa PKP ini adalah peluang terbaik untuk memulakan Youtube Channel anda sendiri, tidak semestinya berkenaan masakan, anda boleh buat apa sahaja video yang anda minat.



Ramai kenalan saya yang dah mula buat Youtube channel atau vlog semasa PKP ini dan pada saya ianya adalah sesuatu yang bermanfaat kerana ia bukan sahaja dapat belajar sesuatu yang baru dalam diri mereka, tetapi juga dalam masa sama membuka jalan kepada rezeki yang baru. Mana tahu rezeki anda ada di Youtube, anda mungkin boleh menjana pendapatan dengan Youtube.


Buat Bajet Kewangan 

PKP datang bersama dengan kegawatan ekonomi. Di masa yang terluang ini, ada baiknya anda buat bajet kewangan ataupun mengemaskini bajet anda. Jika belum pernah buat, ini adalah masa yang baik untuk buat dan lihat semula perbelanjaan anda.



Secara umumnya, untuk membuat bajet anda hanya perlukan beberapa maklumat iaitu bayaran tetap seperti bil elektrik, air dan perbelanjaan dapur. Semak semula keperluan dan juga kemahuan anda. Keperluan adalah sesuatu yang anda mesti ada jika tiada mungkin boleh menyebabkan terjejas kesihatan seperti makanan dan tempat tinggal. Kemahuan adalah sesuatu yang boleh ditiadakan tetapi mungkin ia akan sedikit menjejaskan keselesaan anda. Hanya anda yang mengetahui keperluan dan kemahuan anda dan sebab itulah bajet diperlukan.  Lebih mudah lagi anda boleh gunakan aplikasi bajet atau excel untuk menetapkan bajet anda.

Tambahan lagi kebanyakan pembayaran loan ditangguhkan sehingga 6 bulan, adalah penting untuk menyalurkan duit pembayaran tersebut kepada penggunaan yang betul bukannya dengan membeli perkara-perkara yang tidak diperlukan.

4. Belajar Sesuatu Yang Baru

Jika sebelum ini alasan utama anda adalah ‘tiada masa’, inilah masa yang anda tunggu-tunggu. Jangan mengeluh bosan atau tak tahu nak buat apa sebab sebenarnya masa yang ada anda boleh gunakan untuk belajar sesuatu yang baru atau melakukan sesuatu yang selama ini anda nak lakukan.



Sebagai contoh, selama ni nak hias laman rumah tapi tiada masa, jadi inilah masa untuk anda hias halaman rumah anda. Jika sebelum ini anda nak bercucuk tanam disekeliling masa tetapi tiada masa, inilah masa yang diberikan untuk anda mula bercucuk tanam.

Jika sebelum ini anda tiada masa untuk bermain badminton bersama anak, inilah masanya untuk anda luangkan masa secukupnya bermain bersama anak-anak.

Jika sebelum ini tak pernah gunting rambut orang, inilah masanya untuk belajar guting rambut sendiri.

Jika sebelum ini anda tiada masa untuk belajar melabur dibursa Malaysia, inilah masanya untuk anda belajar cara untuk melabur saham.

Jika sebelum ini tiada masa untuk buat dan update blog. Inilah masanya untuk anda buat blog atau kemaskini blog anda.

Banyak lagi perkara yang mungkin selama ini anda terfikir nak buat tapi tak dapat buat disebabkan kekangan masa.

Ambil pen dan kertas dan senaraikan semua yang anda nak buat sebelum ini. Dan lakukannya satu persatu semasa PKP ini.

5. Muhasabah diri

Tidak lengkap rasanya jika semua perkara anda dah lakukan, tetapi anda tidak mengambil iktibar atas perkara yang sedang berlaku. Muhasabah diri adalah penting untuk memastikan kita sentiasa berada pada landasan yang betul.



Bersyukur kerana masih diberikan nikmat kesihatan.

Bersyukur diberikan masa bersama keluarga.

Sentiasa berdoa agar diri, keluarga dan masyarakat dihindarkan daripada wabak yang sedang melanda.

Memperbanyakkan Istigfar kepada Allah semoga segala dosa yang kita lakukan sama ada sedar mahupun tidak dapat diampunkan. Dan semoga Allah menerima keampunan kita dan menyelesaikan masalah wabak yang kita semua sedang hadapi.

Dari Allah ia datang, kepada Allah ia Kembali.


1 ulasan:

  1. BAGI YANG BOSAN DUDUK RUMAH TU LAH TRY TERNAK HAIWAN DI DUNIA MAYA😂

    TANPA MODAL.
    Sertai permainan mudah ini ,jadi lah perternak maya dan jana pendapatan pasif dari ladang maya anda! keuntungan dari permainan ini boleh ditunaikan terus ke akaun bank anda.

    Pendaftaran adalah 100% 🆓

    https://faucethaus.club/izzat02

    Saya nak terangkan basic concept game ni

    https://faucethaus.club/izzat02

    1) konsep game ni menang menang. dan sharing is caring
    -Tak macam sistem affiliate atau MLM yang kononya sharing is caring,, tetapi nak join kena bayar.Game ni semua orang boleh join PERCUMA,tiada satu sen pun perlu dibayar.
    so, bila kita nampak peluang... kita share. maknanya orang yang nak join tidak dipaksa beli barang atau perkhidmatan

    2) Game ni pada pendapat saya rezeki yang halal (kena rujuk ustaz kalau tak pasti). Tiada unsur perjudian dan pertaruhan

    3) Game ni bukan skim cepat kaya mahupun MLM

    4) Game ini adalah game simulasi perladangan.
    game simulasi bermaksud ia adalah berdasarkan kehidupan sebenar. Cumanya ada faktor2 tertentu tidak mengikut kehidupan sebenar
    Sebagai

    contoh: hasil ternakan dalam game TIDAK akan rosak.walhal dalam dunia sebenar tentu ada expire date.

    contoh lain, ternakan TIDAK perlu diberi makan 😂😂😂🤭

    Akhir sekali, penternak tak perlu cari pekerja jaga ternakan dan tak perlu nak berpanas atau berhujan Tetapi perlu guna akal dan fikiran untuk memajukan ladang, agar dapat memberi hasil yang berpatutan..

    https://faucethaus.club/izzat02

    BalasPadam

Back To Top