9 Kelebihan Aplikasi Setel Petronas [Dan Kekurangannya]




Tahukah anda bahawa Petronas ada mengeluarkan ewallet khas untuk pengisian minyak di Petronas?

Petronas telah mengeluarkan satu aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk MEMBAYAR semasa nak mengisi minyak.



Selamat berkenalan dengan aplikasi SETEL.

Setel adalah aplikasi yang bertindak seperti e-Wallet dan menggunakannya, anda boleh ke stesen minyak Petronas dan melakukan transaksi mengepam minyak tanpa ke kaunter dengan mudah. Kini lebih 700 stesen Petronas di Malaysia sudah boleh menggunakan aplikasi itu, malah Setel sudah mencatatkan tiga juta transaksi sejak ia dlancarkan.

APP Setel boleh dimuat turun secara percuma pada platform Android dan iOS. Anda hanya perlu tambah nilai e-Wallet Setel  dan ianya boleh dilakukan menggunakan perbankan dalam talian ataupun kad kredit dan dan dalam masa yang sama anda masih boleh mengumpul mata Mesra secara automatik dengan menghubungkan ewallet dengan kad Mesra anda.


9 kelebihan gunakan aplikasi Setel ialah;

  1. Anda tidak perlu ke kaunter untuk membuat pembayaran petrol
  2. Anda tidak perlu keluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam.
  3. Terdapat promosi rebat
  4. Anda berpeluang mendapat 'duit minyak' percuma apabila memperkenalkan aplikasi SETEL
  5. Rekod pembelian petrol bulanan akan di emel. Boleh pantau penggunaan minyak.
  6. Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel. 
  7. Boleh link kad Mesra. Point terus masuk. Tak perlu nak keluarkan kad mesra untuk di swipe.
  8. Jimat masa dan tenaga
  9. Keselamatan kenderaan lebih terjamin (tiada isu tinggal anak dalam kenderaan / risiko kecurian berkurangan) 


Kekurangan aplikasi Setel:

  1. Perlukan internet connection yang stabil
  2. Agak merbahaya untuk pengguna motosikal kerana menggunakan telefon di kawasan pam minyak.
  3. Tidak semua Petronas boleh menggunakan aplikasi Setel (tetapi bilangannya semakin bertambah dari masa ke semasa)

Cara Guna Aplikasi Setel Petronas:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top