Cara Daftar Wahed Invest - Aplikasi Pelaburan Patuh Syariah

Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Setelah mendaftar, pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain.

Model portfolio dikawal selia oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan tradisional. Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.





Wahed Invest telah berjaya mendapatkan lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital pertama di Malaysia. Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh SC akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.

Wahed Invest mempunyai 4 orang ahli panel penasihat syariah. Antaranya, ialah Dr. Aznan Hasan, Ahli lembaga shariah AAOIFI, ahli panel penasihat shariah KWSP, dan Maybank Islamik.
Annual fee 0.79% untuk less RM500k investment, 0.39% untuk more than RM500k

Nak tgk panel syariah boleh tgk sini: https://wahedinvest.com/ethical-investing/

Nak download app boleh download sini: https://app.wahedinvest.com/referral

Sekarang ni ada promosi daftar boleh dapat RM20 (USD10), tp kena guna kod MOHMDF2 dan deposit RM100 dalam akaun. RM20 akan dapat lepas 30 hari. (optional)

Kalau rasa nak melabur di tempat selain ASB dan TH, boleh cuba Wahed Invest ni 😁

Tonton video di bawah untuk cara daftar Wahed Invest step by step:





Ikuti perkemabngan portfolio Wahed Invest saya disini: https://www.facebook.com/imthehaikal/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top