Program Subsidi Petrol - Semak Kelayakan Bermula Pada 15 Oktober 2019


Program Subsidi Petrol adalah antara program yang telah lama digembar gemburkan dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia akan dilaksanakan oleh kerajaan. Pada 7 Oktober 2019, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan mekanisma bagaimana Program Subsidi Petrol akan dijalan.

Program Subsidi Petrol telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna iaitu YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan akan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2020.





Perincian Program Subsidi Petrol adalah seperti berikut:


1. Program Subsidi Petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima setiap empat (4) bulan sekali.

2. Kadar subsidi ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

3. Dijangka seramai 2.86 juta penerima akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol.

4. Para penerima perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu:

a. Penerima Bantuan Sara Hidup yang;

b. Memiliki tidak lebih dari 2 kereta (1600cc dan ke bawah atau melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas); dan

c. Memiliki tidak lebih dari 2 motosikal (150cc dan ke bawah atau melebihi 150cc yang berumur 7 tahun dan ke atas).

5. Bagi penerima yang memiliki lebih dari 1 kenderaan pula, bantuan tunai hanya akan dimasukkan untuk 1 buah kenderaan mengikut kadar yang tertinggi.

6. Program Subsidi Petrol ini akan bermula pada Januari 2020 dan pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020.

7. Semakan kelayakan serta permohonan baharu bagi Program Subsidi Petrol boleh dibuat di https://psp.kpdnhep.gov.my/ bermula 15 Oktober 2019.



Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar berpandukan data yang diperolehi daripada data asas Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Petrol boleh didapati di laman web https://psp.kpdnhep.gov.my/

p.s. Tiba tiba terfikir, Program Subsdidi Petrol mula 1 Januari 2020, tapi bayaran pertama dapat pada April 2020, ini subsidi ke cashback ni?

2 ulasan:

  1. Better turunkan harga minyak dan bersubsidi daripada program sebegini. Sama ada sahaja impka dia. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niat kerajaan memang nak hapuskan subsidi. Sebab tu die buat program macam ni. Kalau hapus terus orang akan marah. So die tarik subsidi sikit-sikit.

      Padam

Back To Top