Ads Top

Cara Buat Laman Ecommerce Sendiri Dengan Easystore


Cara Buat Laman Ecommerce Sendiri Dengan Easystore. Membina laman ecommerce kini bukan satu perkara yang terlalu sukar. Ini kerana terdapat pelbagai platform yang membenarkan dan memudahkan kita untuk buat laman ecommerce kita sendiri tanpa perlu mengupah pereka laman ecommerce.

Terdapat banyak platform yang boleh anda cuba untuk buat laman ecommerce anda sendiri seperti Shopify, Wix, Weebly dan juga Easystore. Tetapi jika sasaran anda adalah pasaran tempatan (Malaysia), platform terbaik untuk anda adalah Easystore. 

Antara kelebihan platform Easystore berbanding platform lain adalah:

  1. Kos permulaan dan bulanan yang paling rendah antara kebanyakan platform membuat laman ecommerce. Bayaran bulanan di Easystore bermula hanya RM32.50 sahaja.
  2. Tetapan pembayaran yang pelbagai dan sesuai dengan pengguna di Malaysia.
  3. Untuk masa terhad, anda akan mendapat akaun saluran pembaharan iPay88 dan eGHL secara percuma jika anda mendaftar sebelum 30 November 2017.
  4. Banyak plugin yang boleh anda gunakan untuk membantu menguruskan laman ecommerce anda
  5. Kemaskini terbaru membenarkan anda untuk buat blog dalam laman ecommerce anda.

dan banyak lagi. Anda boleh lihat fungsi penuh Easystore di sini.


Kenapa perlu ada laman ecommerce sendiri?

1. Menjadi bos sendiri

Dengan mempunyai laman web ecommerce sendiri anda akan menjadi bos kepada diri sendiri. Anda boleh tetapkan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. 


2. Lebih sistematik dan automatik

Pernah tak anda menjual di Facebook, anda dah tulis copywriting berjela-jela, terangkan segala-galanya dari A sampai Z, tapi masih ada yang komen 'PM'? Apabila anda mempunyai laman ecommerce anda sendiri, anda sudah tidak perlu untuk melayan 'PM' pelanggan sepertimana yang selalu berlaku semasa penjualan barang di Facebook. Dengan ecommerce, pelanggan hanya perlu 'go with the flow' dalam laman web ecommerce dan hanya bertanya perkara-perkara yang penting sahaja.

3. Lebih Professional

Tidak dinafikan, laman ecommerce kelihatan jauh lebih professional berbanding laman sosial. Ia juga menunjukkan bahawa anda serius untuk menjual barang. Dari sudut pembeli pula, mereka akan lebih rasa selamat untuk membeli di ecommerce berbanding dengan laman sosial yang bercampur antara penjual yang betul dan juga scammers

4. Kawalan Harga

Apabila anda mempunyai laman ecommerce anda sendiri, anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap harga barangan anda. Jika anda menjual di marketplace seperti Lazada Malaysia, Shopee dan lain-lain, anda terpaksa berlawan harga dengan penjual lain. Tetapi dengan laman ecommerce sendiri, tiada persaingan harga berlaku dan pelanggan akan terus fokus kepada harga barang yang anda tawarkan. 

5. Membina Pelanggan Setia

Mempunyai laman web ecommerce sendiri juga membolehkan anda untuk menyimpan maklumat pelanggan ada sendiri dengan lebih mudah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan. Anda kemudiannya boleh memberikan tawaran-tawaran menarik kepada pelanggan setia anda.

Untuk membina laman ecommerce anda sendiri, sila tonton video berdurasi 16 minit ini. Dalam video ini diterangkan langkah demi langkah cara untuk setup ecommerce pertama anda menggunakan Easystore.




Bagi yang nak belajar secara mendalam dan terperinci tentang ecommerce dropship, anda boleh dapatkan panduan dari A hingga Z untuk buat ecommerce anda sendiri dan pasarkan barangan secara dropship. Klik gambar di bawah.

easystore ecommerce


Terima kasih kerana membaca Cara Buat Laman Ecommerce Sendiri Dengan Easystore. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

1 ulasan:

  1. This Very Nice and attractive Article…
    Thankyou For Sharing This Information…
    And also give to me important knowledge.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.