Cara Ajar Anak Solat. Solat merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Islam. Solat adalah amalan terawal yang akan ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak dan adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mengerjakannya dengan cara yang paling sempurna.Â
Dalam konteks mendidik solat terhadap anak-anak, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerapkan amalan solat di peringkat awal umur kanak-kanak agar ia boleh diikuti dengan baik oleh anak-anak dan membiasakan diri mereka dengan ibadah solat.Â
Terdapat beberapa kaedah dan pendekatan yang dianjurkan dalam Islam sebagai satu pendekatan untuk mendidik anak-anak bersolat pada usia yang muda.
1. Ibu Bapa Sebagai Contoh
Antara pendekatan yang paling utama adalah dengan ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik bagi anak-anak mereka. Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan dekat dengan anak-anak, oleh itu setiap perilaku dan tindak tanduk ibu bapa pasti diperhatikan oleh anak-anak.
Sekiranya seorang bapa sentiasa menunjukkan rasa cinta yang tinggi terhadap ibadat solat dengan mengerjakan solat berjemaah di masjid, maka anak-anaknya pasti akan melihat contoh baik yang ditunjukkan itu. Begitu juga apabila seseorang ibu yang sentiasa cuba untuk bersolat di awal waktu, maka tauladan yang baik seperti itu akan lebih mudah diikuti oleh anak-anak dan menggalakkan mereka untuk sama-sama bersolat.Â
2. Solat Berjemaah
Ibu bapa juga boleh menggunakan pendekatan dengan bersolat jemaah di rumah dan mengajak anak-anak untuk turut serta bersolat bersama meskipun mereka masih muda dan tidak begitu sempurna dalam solat. Didikan awal solat tidak semestinya sempurna, namun asas baginya adalah dengan membiasakan anak-anak untuk sentiasa bersolat.
3. Mengajak bukan mengarah
Selain itu, ibu bapa juga harus menggunakan pendekatan yang mengajak anak untuk bersolat bersama dan bukan dengan memerintah atau menyuruh anak-anak untuk bersolat. Konsep pengajaran oleh dimulakan seawal usia anak-anak pada 2 tahun atau 3 tahun kerana pada waktu itu, anak-anak mudah untuk mengikut dan meniru setiap apa yang diajarkan oleh ibu bapa.Â
4. Konsisten
Ibu bapa juga perlu sentiasa konsisten dengan mengajak mereka untuk sama-sama bersolat setiap kali masuk waktu solat agar dapat menanamkan dalam minda anak-anak tentang kewajipan bersolat mengikut waktu.
5. Kepentingan Solat
Di samping itu, anak-anak juga boleh diberi penerangan dan cerita tentang kepentingan untuk bersolat sebagai seorang Islam. Penerangan yang berbentuk cerita atau kisah-kisah di zaman Nabi boleh menarik minat anak-anak untuk memahami kepentingan serta kewajipan untuk mengerjakan solat. Dalam usia yang muda, seperti 5 tahun dan 6 tahun, anak-anak mudah untuk mengajukan soalan kenapa, dan bagaimana.Â
Ibu bapa harus mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan kepada anak-anak tentang bagaimana Allah akan menyayangi seseorang yang suka bersolat dan memberi contoh-contoh mudah ganjaran baik yang akan diperoleh oleh anak-anak jika mereka rajin dalam mengerjakan solat. Kaedah ini sekaligus dapat memupuk sikap cintakan solat di kalangan anak-anak dan membuatkan mereka tidak ingin untuk meninggalkan solat.
6. Denda Untuk Mengajar
Untuk anak-anak yang sudah melepasi umur 10 tahun, kaedah terbaik untuk memupuk anak-anak agar tetap ingat akan kewajipan mengerjakan solat ialah dengan memberikan hukuman dan denda yang sewajarnya kepada mereka jika mereka meninggalkan solat dengan sengaja.Â
Lumrah anak-anak yang sedang melalui proses tumbesaran, adakalanya anak-anak ini akan sengaja mengambil sikap sambil lewa dan tidak mahu bersolat meskipun setelah diajar dan diajak oleh ibu bapa. Hukuman atau denda yang diberikan untuk anak-anak bukanlah bertujuan untuk menyakiti mereka, namun, semata-mata untuk memberi kesedaran kepada anak-anak ini tentang betapa pentingnya untuk melakukan kewajipan bersolat dalam kehidupan seharian.Â
Walaubagaimana pun, hukuman dan denda hanyalah sebagai jalan terakhir sekiranya ibu bapa telah berputus asa dalam menasihati anak-anak mereka.
7. Nasihat berterusan
Ibu bapa hendaklah tidak pernah berputus asa dan sentiasa menasihati anak-anak untuk menunaikan solat. Mungkin nasihat ibu bapa pada awalnya tidak dipedulikan, tetapi apabila nasihat diberikan secara berterusan, lama-kelamaan nasihat itu akan melekat pada minda dan hati anak-anak dengan sendirinya.Â
8. Berdoa supaya anak mudah solat
Ibu bapa juga haruslah tidak jemu untuk berdoa ke hadrat Allah S.W.T. agar anak-anak dilembutkan hati untuk sentiasa teguh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan sekalipun. Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat anak yang rajin menunaikan solat adalah seperti berikut:
Sentiasalah amalkan doa ini supaya kita sekeluarga diberikan kelembutan hati untuk mudah menunaikan solat.
Inilah beberapa cara untuk ajar nak solat. Semoga semua anak-anak kita tergolong daripada orang yang menunaikan solat. Tiada yang lebih baik untuk saham akhirat kita daripada anak yang soleh dan solehah.
Sentiasalah amalkan doa ini supaya kita sekeluarga diberikan kelembutan hati untuk mudah menunaikan solat.
Inilah beberapa cara untuk ajar nak solat. Semoga semua anak-anak kita tergolong daripada orang yang menunaikan solat. Tiada yang lebih baik untuk saham akhirat kita daripada anak yang soleh dan solehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan