Cara Buat Duit Online Paling Cepat


Apakah cara buat duit online paling cepat? Anda mungkin pernah dengar pelbagai cara buat duit online, tapi kebanyakan daripadanya memerlukan masa yang panjang sebelum anda berjaya buat duit online. 

Sebagai contoh, jika anda nak buat duit dengan blog, kebiasaannya, anda hanya boleh mula buat duit sekurang-kurangnya 3-6 bulan selepas berblog. Malah ada yang telah berblog lebih dari setahun tapi masih belum dapat buat duit dari blog.

Nak berniaga di Facebook pula perlu tahu bagaimana nak menggunaka iklan FB Ads dan juga perlu pandai buat copywriting. Ia juga melibatkan kos pengiklanan. 

Tapi macam mana jika anda tak ada modal kewangan? 

Ok.

Ramai yang tertanya-tanya apakah cara yang paling cepat untuk buat duit online. Ini mungkin disebabkan kerana pendapatan yang tidak mencukupi ataupun disebabkan pengurusan wang yang kurang baik.

Jika disebabkan oleh pendapatan yang tidak mencukupi, anda boleh menambah pendapatan dengan cara yang saya akan tunjukkan. Dan anda boleh mula menambah pendapatan bermula hari ini.

Yang pasti, buat duit online memerlukan anda untuk bekerja sama seperti anda membuat kerja sampingan lain. Tetapi kelebihan utamanya adalah ianya boleh dilakukan secara online dan boleh dilakukan hanya dari rumah anda.

Setakat hari ini cara paling cepat untuk buat duit online adalah dengan menjadi penulis artikel untuk laman web orang lain. Anda bukan sahaja boleh menjana pendapatan tambahan, anda juga boleh menggilap skil penulisan anda. 

Di bawah saya senaraikan 2 laman web yang mana anda boleh tulis artikel dan hantar kepada mereka dan seterusnya anda akan dibayar untuk setiap artikel yang diterima.


Rencah.com


Rencah adalah laman web pelbagai niche dan menerima semua jenis artikel dan setiap artikel yang diterima akan dibayar RM10. 

Anda juga perlu pastikan artikel yang anda tulis adalah unik dan tidak pernah dipaparkan di mana-mana media cetak atau online. Jika anda pandai menterjemah, artikel terjemahan dari bahasa lain dibenarkan, tetapi dengan syarat ianya mendapat kebenaran daripada pemilik asal.

Pastikan anda menulis menggunakan bahasa Melayu yang betul dan perkataan ringkas tidak dibenarkan sama sekali. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris dalam terma tertentu dibenarkan. 

Setiap kesalahan ejaan akan mengurangkan bayaran yang anda terima sekiranya artikel tersebut disiarkan. Setiap satu kesalahan nilai bayaran akan ditolak sebanyak RM1.

Setiap artikel yang dihantar hendaklah mempunyai jumlah perkataan tidak kurang dari 500 patah perkataan. Setiap artikel akan dinilai dan disunting terlebih dahulu oleh pihak Rencah. Sekiranya artikel anda telah dipaparkan ke laman utama, anda layak menerima bayaran RM10 setiap satu artikel. 




Wikicara.org

Ya. Laman web ini juga ada memberikan anda peluang untuk buat duit secara online. Artikel yang dihantar hendaklah mempunyai tatabahasa yang betul serta unik (tidak pernah diterbitkan di mana-mana). Setiap artikel yang diterima akan disaring menggunakan Copyscape untuk menentukan ketulenannya. 

Kadar pembayaran untuk artikel yang dihantar dan diterima adalah seperti berikut:

<400 = Tidak diterima
400-500 = RM10
500-600 patah perkataan = RM15
600 dan ke atas = RM20

Kesalahan ejaan dan tatabahasa 5 kali atau lebih akan dikenakan tolakan RM2. Anda tidak perlu sertakan gambar.

Syarat utama untuk menghantar artikel di Wikicara adalah tajuk artikel hendaklah bermula dengan perkataan 'Cara...' 

Semua jenis dan topik diterima KECUALI topik-topik sensitif sepert yang berbaur pornografi, politik ataupun perkauman.

Hyperlink / link tidak dibenarkan.



Berapa lama masa diambil untuk menghasilkan sebuah artikel yang berkualiti?

Ianya bergantung kepada sejauh mana tahap kepakaran dan kebolehan anda menulis. Kebiasaannya, untuk artikel 500 patah perkataan, masa yang diambil untuk menulis adalah dalam lingkungan 2 jam.

Setakat ini tiada lagi cara yang lebih cepat untuk buat duit online selain daripada menjadi penulis untuk laman web lain.

Anda boleh memilih mana-mana dari 2 laman web ini untuk mula buat duit online. 

Katakan dalam setiap hari anda boleh menghasilkan 1 artikel, dalam sebulan berpeluang menjana pendapatan tambahan antara RM300-600 dengan hanya menulis artikel dari rumah.  Tak perlu pening-pening fikir berkaitan SEO, domain dan hosting. Anda hantar artikel berkualiti anda pasti akan dibayar 😁

Semuanya bergantung kepada anda. lebih banyak anda menulis, lebih tinggi peluang anda untuk buat duit online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top