Ads Top

Cara Menang Bidaan Di Chilindo Malaysia


Chilindo adalah laman web pembelian barang yang berkonsepkan bidaan / lelongan. Pembida tertinggi untuk sesuatu barang akan dianggap pemenang dan berjaya membeli barang tersebut dengan harga yang dibida.

Chilindo Malaysia berpusat di Tokio Marine Life Tower, 189, Jalan Tun Razak, Lancong Jaya, 50400 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.

Apa yang menarik adalah, semua lelongan akan bermula pada RM 0.1. Di Chilindo, mereka menawarkan pelbagai jenis barang-barang untuk lelongan bermula dari RM 0.1, tanpa minimum. Terpulanglah kepada kita untuk letakkan harga bidaan sesuai dengan bajet masing-masing. Dan anda berpeluang membeli barangan yang dibida dengan harga 50% dari harga pasaran.

Setakat ini saya telah memenangi 12 barang daripada Chilindo Malaysia dan semua barang tersebut dibeli dengan harga dibawah harga pasaran. Sebagai contoh, saya berjaya membeli Katil Udara Single dengan harga RM43.60. Sedangkan harga pasaran bagi barang ini adalah lebih kurang RM80. 

Barang-barang lain yang saya menang dari Chilindo


Begitu juga dengan barang lain yang anda berpeluang membeli barang yang anda perlukan dengan harga yang lebih murah.

Sebelum membeli, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

  1. Barangan yang dilelong di laman web Chilindo memang murah, jadi jangan mudah terpedaya dan membeli barang yang anda tidak perlukan. 
  2. Sebaiknya beli beberapa barang sekali gus kerana setiap kali anda buat bayaran, cas penghantaran bermula dari RM8. Jika anda beli barang lebih dari 1 pun harga penghantaran adalah RM8. Beli lebih banyak, lebih jimat.
  3. Penghantaran dibuat menggunakan Ninja Van. Ada kawasan yang mungkin penghantaran agak lambat.
  4. Barangan yang dijual tidak banyak. Mungkin jumlahnya lebih kurang 100 item sahaja. Tetapi barangan yang dijual ada perubahan dari masa ke semasa.

Ok.

Untuk membeli barang di Chilindo Malaysia, anda perlu ke laman web Chilindo. Anda boleh terus mendaftar menggunakan akaun Facebook sahaja.



Pilih 'Berakhir Sekarang' dan kemudian pilih barang yang anda nak bid dan buka pada tab yang lain.



Kemudian anda boleh pergi ke Lazada Malaysia atau mana-mana laman web ecommerce untuk bandingkan harga barangan yang anda pilih. 

Letakkan bidaan anda 50% daripada harga pasaran. Atau anda boleh letakkan harga mengikut bajet maksimum anda. Sebagai contoh (rujuk gambar), saya nak bida rayban. Setelah saya buat perbandingan harga, saya tetapkan harga maksimum yang saya nak bid adalah RM10. Saya kemudiannya tetapkan bidaan saya RM10 dan tekan bida. 

Akhirnya saya menang bidaan dengan harga RM8. 


Saya nasihatkan anda tak naikkan harga bidaan anda lebih daripada 50% daripada harga pasaran. Tidak mengapa jika anda kalah bidaan beberapa kali. Biarkan orang lain menang dan barang tersebut akan disenaraikan semula dengan permulaan bidaan RM0.1 semula. Ulang langkah di atas dan saya pasti anda akan dapat barang tersebut dengan harga mengikut bajet anda.

Apa yang saya tunjukkan di atas adalah cara jika anda betul-betul nak barang tersebut.

Tetapi jika anda cuma nak cuba-cuba, anda boleh bida secara manual. Manual maksudnya, anda perlu tekan butang bida setiap kali ada bidaan lebih tinggi dari anda. Tetapi dengan cara manual, anda mungkin dapat beli barang dengan harga diskaun lebih dari 60% dari harga pasaran tapi kebarangkalian anda terlebih bid pun ada.

Bila masa terbaik untuk membida di Chilindo?

Sebenarnya anda boleh bid pada bila-bila masa. Saya telah cuba pada beberapa masa dan semuanya boleh menang bid. Tetapi lebih mudah jika anda membida di awal pagi. 

Bagaimana pembayaran untuk barang yang anda berjaya beli?

Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit, ATM dan juga boleh buat cash on delivery.

Kesimpulan Cara Menang Bidaan di Chilindo Malaysia

  1. Bida barang yang anda perlukan sahaja
  2. Tetapkan bajet anda. Tetapkan bajet maksimum 50% daripada harga pasaran barang yang nak dibida.
  3. Jangan bida melebihi bajet anda
  4. Beli barang lebih dari satu untuk jimat kos penghantaran.


Boleh tak batalkan barangan di Chilindo selepas menang bidaan?

Ada dua kaedah anda boleh buat pembatalan sekiranya anda tidak berminat atau tersilap bida barangan yang anda tidak perlukan. Jika anda nak batalkan semua barang yang anda dah menang, anda boleh biarkan sahaja selama 2 atau 3 hari dan semua barang yang anda menang tadi akan dibatalkan secara automatik.

Sekiranya hanya sebahagian barang yang anda nak batalkan, anda perlu hubungi Chilindo Malaysia untuk membuat pembatalan barangan tertentu yang telah anda bida. 

Secara peribadi, saya nasihatkan anda untuk tidak melakukan joy bidding atau membida untuk suka-suka. Walau bagaimanapun, tiada syarat yang ditetapkan oleh Chilindo yang melarang daripada anda melakukan pembatalan sekiranya tidak ingin membeli barangan tersebut.

Jika anda masih kurang faham, anda boleh lihat video di bawah.




Terima kasih kerana membaca Cara Menang Bidaan Di Chilindo Malaysia. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.