Cara Mengatasi Masalah Mudah Lupa


Cara Mengatasi Masalah Mudah Lupa. Pernah tak anda terlupa di mana letaknya kunci kereta anda? Atau anda terlupa di mana anda letakkan kereta anda semasa parking di pusat membeli belah? Lupa adalah salah satu daripada masalah yang sering kita hadapi. Lupa boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk faktor kesihatan badan juga faktor persekitaran.

Sebagai contoh, ada orang yang mudah lupa berkenaan tarikh-tarikh tertentu. Ada pula yang mudah lupa dengan perkara yang berkaitan dengan lokasi. Semua perkara ini masih boleh dianggap normal. Tetapi jika seseorang terlupa perkara-perkara utama seperti nama sendiri dan keluarga, ia mungkin mengalami penyakit lupa yang lebih serius seperti Alzheimer. 

Pada kali ini kita akan membincangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mudah lupa.

Catatan

Salah satu daripada cara untuk mengikat ilmu adalah dengan catatan. Begitu juga dengan mengatasi masalah lupa. Jika anda kerap lupa perkara seperti tarikh ataupun masa, anda perlu buat catatan tentang perkara tersebut.

Sediakan satu papan hitam atau papan putih di rumah untuk mencatatkan semua masa dan tarikh yang perlu diingati. Tidak kiralah sama ada tarikh hari lahir, tarikh jemputan kahwin atau lain-lain. Letakkan papan tersebut dikawasan yang sering anda lihat seperti di dalam bilik andan, di ruang tamu ataupun di ruang makan rumah anda. 

Buat dan Sebut

Ada juga perkara yang tidak boleh dicatat seperti di mana letak kunci kereta dan lain-lain. Menurut kata pakar, manusia lebih cenderung untuk ingat perkara yang dibuat dan disertai dengan percakapan. Sebagai contoh, semasa anda letak kunci kereta di dapur, anda perlu sebut dengan mulut 'kunci di dapur'. Secara automatik, sekiranya akan mudah ingat dimana anda letakkan kunci kereta anda.

Ini adalah kerana mungkin anda lupa dimana kunci kereta anda tetapi anda teringat apa yang anda pernah katakan. Jadi secara tidak langsung anda ingat dimana letaknya kunci kereta anda. 

Cara mengingat ini boleh dipraktikkan dalam apa jua situasi. Contoh lain, katakan anda selalu was-was sama ada anda dah kunci kereta atau belum. Semasa anda kunci kereta, pastikan mulut anda turut menyebut 'kereta kunci'. Apabila timbul rasa was-was, anda akan mudah ingat bahawa anda dah kunci kereta kerana perkataan yang keluar dari mulut anda semasa mengunci kereta tadi.

Tak percaya? Anda boleh amalkan dan lihat hasilnya.

Teknologi

Terdapat pelbagai teknologi yang boleh membantu anda mengingati perkara-perkara penting. Antaranya adalah aplikasi telefon pintar, aplikasi kalendar, alarm dan lain-lain lagi. Gunakan aplikasi-aplikasi ini untuk membantu anda mengatasi masalah lupa. 

Setkan tarikh-tarikh penting dalam aplikasi kalendar dan setkan juga alarm sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh-tarikh penting tersebut. 

Ambil Gambar

Satu lagi cara yang boleh diamalkan untuk membantu anda mengingat adalah dengan menggunakan kamera. Semua telefon pintar kini telah dilengkapkan dengan kamera yang baik. Apabila anda lakukan sesuatu perkara, pastikan anda ambil gambar perkara yang anda dah lakukan.

Makanan Berkhasiat

Dari segi fisiologi, pemakanan juga memainkan peranan pada tahap ingatan seseorang. Untuk mendapat ingatan yang kuat, kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan seperti gingko biloba untuk memulih dan menambah kecerdasan otak. Kurangkan juga pemakanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan.

Ok.

Ini adalah antara perkara yang boleh kita lakukan sekiranya kita kerap terlupa tentang sesuatu perkara. Secara umumnya, lupa bukanlah satu penyakit, tetapi jika tidak diatasi, lama kelamaan ianya mungkin boleh memberi impak kepada kehidupan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top