Sebelum ini saya ada kongsikan cara membeli di Lazada Malaysia dengan lebih jimat. Tetapi bila saya semak semula, rupanya tiada lagi artikel tentang cara untuk membeli barang dari Lazada Malaysia.
Lazada Malaysia adalah salah satu ecommerce yang terkenal di Malaysia dan juga di negara - negara di rantau Asia Tenggara.
Sedikit Pengenalan Kepada LazadaÂ
Anda bayangkan begini. Lazada adalah seolah-oleh sebuah shopping complex. Di dalam shopping complex terdapat pelbagai penjual yang menjual pelbagai barang.
Begitulah juga dengan Lazada. Lazada adalah satu platform untuk orang lain menjual melaluinya. Terdapat barang yang dijual oleh Lazada sendiri dan tetapi kebanyakannya dijual oleh peniaga lain sama ada secara individu atau oleh syarikat.
Artikel kali ini lebih kepada cara untuk membeli barang dari Lazada Malaysia - step by step.
Mungkin pada kebanyakan orang memang dah tau cara membeli barang di Lazada Malaysia. Tetapi saya yakin masih ada yang nak membeli di Lazada Malaysia tetapi teragak-agak dan tidak tahu cara yang betul.
Berdasarkan video yang saya upload dalam Youtube Channel saya, saya dapati masih ramai yang teragak-agak dan tidak tahu cara untuk membeli barang di Lazada Malaysia.
Oleh itu, saya akan terangkan cara untuk membeli barang dari Lazada Malaysia dengan terperinci dalam artikel kali ini. Perkara yang saya akan terangkan merangkumi perkara berikut:
- Pemilihan Barang
- Pemilihan Penjual
- Item Rating
- Pembayaran
- Penghantaran
5 perkara ini adalah teras kepada mana-mana pembelian secara online.
Pemilihan Barang
Terdapat pelbagai jenis barang yang ada dijual di Lazada Malaysia. Hampir semua keperluan boleh diperolehi dari Lazada. Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua barang yang ada di Lazada dijual adalah barangan tempatan. Ada barang yang dijual terus dari luar negara. Saya percaya ini dilakukan oleh orang yang melakukan perniagaan secara dropship.
Anda boleh semak sama ada produk tersebut diimport atau tidak dengan meneliti seperti gambar di bawah.
Kebaikan membeli barang yang dijual dari pasaran tempatan adalah barang akan sampai dalam tempoh masa yang singkat berbanding membeli barang yang diimport. Masa yang diperlukan untuk proses penghantaran barang oversea memakan masa yang jauh lebih lama. Saya akan jelaskan lebih terperinci dalam bab penghantaran nanti.
Pemilihan Penjual
Adalah sangat penting untuk kita memilih penjual yang boleh dipercayai. Salah satu cara untuk melihat sama ada penjual tersebut boleh dipercayai atau tidak adalah dengan melihat RATING yang diberikan oleh pembeli.
Sekiranya rating yang diberikan baik iaitu 4 bintang dan ke atas, biasanya penjual ini boleh dipercayai. Sekiranya berlaku penipuan atau barang tidak diterima, anda sebenarnya boleh meminta refund daripada Lazada. Ini adalah kerana setiap transaksi pembayaran kepada penjual adalah melalui Lazada.
Penjual hanya akan dapat duit sekiranya tiada dispute dibuat oleh pembeli dan pembeli membuat pengesahan penerimaan barang. Jika penjual tersebut menipu, Lazada boleh hold duit yang kita dah bayar kepada penjual dan Lazada juga boleh pulangkan duit yang telah kita bayar.
Saya akan terangkan dengan lebih detail tentang cara untuk dapatkan refund daripada Lazada di masa hadapan.
Item Rating
Setiap orang yang membeli di Lazada Malaysia akan diberikan peluang untuk memberikan rating kepada barang yang mereka beli. Rating ini akan membantu kita untuk membuat keputusan sama ada barang tersebut baik dari segi kualiti dan juga dari segi kepercayaan kepada penjual itu sendiri.
Anda juga boleh baca setiap komen daripada pembeli yang pernah membeli barang tersebut. Pada saya, rating 4 bintang dan ke atas adalah menunjukkan barang yang kita nak beli boleh dipercayai.
Cara Pembayaran
Ramai yang tanya saya berkenaan cara nak buat bayaran di Lazada. Setakat ini, terdapat 6 cara untuk membuat pembayaran di Lazada Malaysia iaitu:
- Kad Debit atu Kad Kredit
- Online Banking
- Alipay
- PayPal
- 7 Eleven
- Maybank Installment
1. Kad Debit dan Kad Kredit
Hampir semua kad bank ATM sekarang ini adalah merupakan Kad Debit. Ini bermakna kad ATM anda boleh digunakan untuk melakukan transaksi atas talian. Walaubagaimanapun, sebahagian bank mungkin memerlukan anda untuk hubungi pihak bank terlebih untuk membuka sekatan transaksi melalui kad debit. Nak tahu ada sekatan atau tak, boleh cuba buat pembelian.
Cara untuk gunakan kad debit pun sama seperti kad kredit. Masukkan 16 digit nombor kad anda. Kemudian tulis nama yang anda daftarkan untuk akaun anda. Dan yang paling penting adalah 3 digit nombor yang tertulis pada belakang kad anda.
2. Online Banking
Terdapat 6 jenis online banking yang diterima oleh Lazada Malaysian termasuklah Maybank, CIMB, Alliance Bank, RHB Bank, AmBank dan Hong Leong Bank. Jika anda menggunakan salah satu daripada bank tersebut, anda boleh membayar secara atas talian terus kepada Lazada.
Jika anda menggunakan 6 bank tersebut tetapi tidak mempunyai akaun online, anda perlu berhubung dengan kaunter yang berhampiran untuk mengaktifkan akaun online banking anda.
3. Alipay
Alipay ini asalnya adalah medium pembayaran untuk pembelian barang di Alibaba, Aliexpess, Taobao. Tetapi kini telah diglobalkan menjadi salah satu platform pembayaran online hampir sama seperti Paypal.
Di Malaysia, Alipay tidak begitu popular berbanding Paypal.
4. PayPal
PayPal boleh berfungsi untuk 2 perkara iaitu menerima duit dan membayar secara online. Jika anda nak buat jualan secara global, pembayaran melalui Paypal adalah cara paling mudah dan selamat. Saya juga merupakan pengguna tetap Paypal untuk menerima bayaran dan juga untuk membuat pembelian. Termasuk pembelian di Lazada Malaysia.
Jika bank biasa perlukan nombor akaun, tetapi Paypal hanya perlukan emel yang didaftarkan pada Paypal untuk membuat transaksi penerimaan. Untuk pembayaran, akan menggunakan emel dan juga password.
Paypal juga boleh dilinkkan dengan kad debit atau kad kredit anda. Sekiranya dalam akaun Paypal tidak ada duit, secara automatik duit pada kad debit / kad kredit anda akan ditolak.
Anda boleh lihat secara ringkas cara menggunakan Paypal dalam video ini:
5. 7 Eleven
Jika anda perasan, pihak Lazada tidak menyediakan platform pembayaran dengan bank in (cash deposit). Ini mungkin akan sedikit menyukarkan anda yang nak beli barang di Lazada tetapi tidak mempunyai perbankan atas talian dan nak buat bayaran dengan cash deposit.
Pembayaran menggunakan 7 Eleven sebenarnya hampir menyerupai konsep bank in (cash deposit).
Saya ada tunjukkan secara terperinci cara untuk membuat bayaran melalui 7 Eleven dalam video di bawah.
Anda hanya perlu bawa resit yang digenerate semasa checkout di laman web Lazada ke 7 Eleven yang berdekatan dan tunjukkan resit tersebut untuk buat bayaran. Jika dalam masa 48 jam anda tidak membuat bayaran selepas resit dikeluarkan, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik.
Setelah anda membuat bayaran, biasanya dalam tempoh 24jam - 48jam anda akan dapat notifikasi melalui emel atau SMS berkenaan barang yang anda beli.
6. Maybank Installment
Pembayaran jenis ini adalah pembayaran secara ansuran bagi mereka yang mempunyai kad kredit Maybank. Saya cadangkan jangan gunakan cara ini untuk membeli barang. Saya tidak galakkan kerana ianya adalah pembelian secara hutang.Â
Jika anda tak dapat membayar secara tunai, maka lebih baik jangan beli. Ini adalah konsep asas dalam mana-mana perbelanjaan tidak kira perbelanjaan secara online ataupun offline.Â
Penghantaran
Pembayaran bagi proses penghantaran, ianya adalah bergantung kepada setiap item dan juga tempat anda tinggal. Ada boleh membuat anggaran kos penghantaran di laman web Lazada sebelum anda membuat pembelian.
Jika anda membeli barang daripada oversea, masa penghantaran adalah lebih lama berbanding dengan membeli barang yang bukan oversea. Barang oversea boleh mencecah masa sehingga sebulan untuk sampai ke rumah anda.
Barang tempatan biasanya sampai ke rumah dalam masa kurang dari seminggu.
Jika anda membeli barang daripada oversea, masa penghantaran adalah lebih lama berbanding dengan membeli barang yang bukan oversea. Barang oversea boleh mencecah masa sehingga sebulan untuk sampai ke rumah anda.
Barang tempatan biasanya sampai ke rumah dalam masa kurang dari seminggu.
Ok.
Itulah secara umum cara beli barang di Lazada Malaysia. Jika anda nak membeli di Lazada, pastikan anda menggunakan Shopback untuk mendapatkan rebat tunai atas setiap pembelian anda. Saya juga memang menggunakan Shopback untuk setiap pembelian saya di Lazada. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang Shopback, boleh baca dengan lebih terperinci dalam artikel cara dapatkan rebat tunai. Dalam artikel tersebut saya ada terangkan dengan lebih jelas lagi.Â
Atau anda boleh lihat video di bawah untuk melihat dengan lebih jelas tentang laman web Shopback.
Ok.
Itulah tadi Cara Beli Barang di Lazada Malaysia. Apa yang penting adalah, berbelanjalah mengikut keperluan bukannya kemahuan. Elakkan pembelian secara hutang dan sentiasa berwaspada semasa membuat pembelian secara atas talian. Patuhi juga tips keselamatan semasa membuat pembelian secara atas talian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan