Cara Asas Mendapatkan Bitcoin di Malaysia


Cara Asas Mendapatkan Bitcoin di Malaysia. Bitcoin kini menjadi bualan hangat di internet kerana harganya yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Ketika artikel ini ditulis, nilai semasa 1 Bitcoin telah melebihi RM19k.

Sebelum saya menerangkan cara mendapatkan Bticoin, adalah lebih baik saya terangkan sedikit sebanyak latar belakang bitcoin.



Bitcoin adalah matawang digital yang diperkenalkan pada tahun 2008. Ianya boleh digunakan untuk pertukaran barangan dan perkhidmatan di dalam talian. Bitcoin bersifat decentralized iaitu ia tidak dikawal selia oeh mana-mana intitusi kerajaan atau perbankan. Matawang digital ini tidak boleh dibekukan.

Sebelum anda mula mengumpul bitcoin, anda perlu ada eWallet terlebih dahulu. Banyak laman web yang boleh anda sertai untuk membuat ewallet, tetapi saya cadangkan anda gunakan laman web Luno. Pendaftran untuk membuat ewallet di Luno adalah percuma. Tonton video di bawah berkenaan cara buat akaun Luno Wallet Bitcoin.





Seterusnya, di bawah ini saya senaraikan beberapa cara untuk mendapatkan dan mengumpul bitcoin:

1. Trading

Terdapat banyak laman web yang membenarkan anda untuk membeli dan menjual bitcoin. Salah satunya adalah laman web Luno yang saya katakan tadi. Selain daripada boleh membina ewallet, anda juga boleh membeli dan menjual bitcoin di laman web Luno.

Satu perkara yang perlu anda tahu adalah pembelian bitcoin boleh dimulakan dari nilai 0.00000001 bitcoin. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa untuk memulakan pembelian bitcoin perlu membeli sekurang-kurangnya 1 bitcoin. Harga 1 bitcoin kini hampir kepada RM20000. Anda boleh beli 'sebahagian' daripada bitcoin dan kumpul sehingga menjadi 1 bitcoin. 

2. DIY Mining

Jika anda mempunyai kepakaran dalam teknikal komputer dan grafik kad, anda boleh sediakan perkakasan melombong bitcoin anda sendiri dan menggunakan laman web seperti NiceHash untuk melombong bitcoin.

Tetapi hakikatnya tidak ramai yang betul-betul tahu untuk buat sendiri set melombong kerana ianya sangat teknikal untuk kebanyakan orang. Selain itu, menyediakan set melombong anda sendiri memerlukan modal permulaan yang agak tinggi disamping kos tenaga elektrik yang pasti akan naik sekiranya anda memasang set melombong bitcoin 24 jam sehari.

Untuk yang lebih serius lagi, boleh buat sendiri atau beli peralatan yang dikhaskan untuk melombong bitcoin (Mining Rig) seperti gambar di bawah. Ini adalah contoh mining rig yang siap dan di jual di Lazada Malaysia.

mining rig lazada
Harga Mining Rig ni RM14000 di Lazada Malaysia


3. Cloud Mining

Jika anda tidak mempunyai modal lebih daripada RM1000 tetapi masih nak mulakan melombong bitcoin, anda boleh mulakan menyewa mining rig orang lain. Inilah konsep yang digunakan dalam Cloud Mining. Ada syarikat yang melombong bitcoin secara besar-besaran dan memberikan peluang kepada orang lain untuk sertai pelombongan dengan bayaran atau kontrak.

Antara laman web yang popular untuk cloud mining adalah Genesis Mining. Berdasarkan review website tersebut, laman web tersebut bukanlah scam tetapi ada satu isu di mana ada yang menyatakan tidak berbaloi untuk sertai cloud mining kerana yuran penyelenggaraan yang lebih mahal daripada pendapatan harian bitcoin yang diperolehi. Ada juga yang memberikan pendapat yang positif tentang Genesis Mining.

Saya sendiri baru sahaja mencuba Genesis Mining dan saya akan berikan review dari masa ke semasa sama ada berbaloi atau tidak menggunaan cloud mining di Genesis Mining 😀



4. Jual Barang

Cara yang lebih mudah untuk menjual barang dan menerima bayaran dalam bitcoin. Walaubagaimana pun tidak banyak laman ecommerce yang boleh menerima bitcoin dalam transaksi jual beli.

5. Aplikasi

Satu lagi tips dan trik untuk mendapatkan bitcoin adalah dengan menggunakan aplikasi percuma Whaff Reward. Saya ada terangkan tentang aplikasi ini dalam artikel cara buat duit dengan aplikasi android. Secara umumnya, ia adalah aplikasi buat duit biasa, tetapi apa yang menarik adalah hasil duit yang terkumpul anda boleh cashout sebagai bitcoin.

Untuk menggunakan aplikasi ini, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Download aplikasi Whaff Reward di Google Play (percuma je) - http://bit.ly/whaff_reward
Langkah 2 : Login dengan akaun Facebook anda
Langkah 3 : Untuk mendapatkan USD0.30 pertama anda, masukkan kod jemputan BH10803 (kalau tak masukkan kod anda akan bermula dengan USD 0.00)
Langkah 4 : Download game / aplikasi kemudian buka & main sebentar dan dapat duit.
Langkah 5 : Kumpul sehingga sampai minimum $11.5 boleh cashout jadi Bitcoin tau 😋 (mengikut nilai semasa bitcoin)

Ok.

Jika anda berminta untuk kumpul bitcoin, anda boleh lakukan salah satu atau mana-mana yang menjadi pilihan anda. Saya sendiri sekarang ini menggunakan aplikasi android dan sedang dalam eksperimentasi cloud mining di Genesis Mining.

Sekiranya anda ada pengalaman dengan bitcoin, sama ada berkaitan mining dan lain-lain, boleh kongsikan di ruangan komen 😊

4 ulasan:

  1. Wah dah terjun lombong dengan genesis yer broo... :)

    Tahniah2! Harap2 ada sinar disana nanti..ameenn

    Saya masih belum terjun dengan genesis...tak tau laa napa..mgkin sbb kuah asam pedas genesis tak brapa kaw agaknya...tunggu bro punya analisis yer! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bro dah ade mining rig sendiri bagitau la..nak tumpang dua belah kaki jugak haha

      Padam
  2. Menarik bitcoin and forex ni. Still belajar ..

    BalasPadam
  3. Nice knowledge gaining article. This post is really the best on this valuable topic. soundcloud marketing tips

    BalasPadam

Back To Top